TPM yakin transformasi pengangkutan awam akan capai KPI tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin transformasi pengangkutan awam berupaya mencapai sasaran 25% yang ditetapkan oleh kerajaan menjelang 2015, memandangkan tahun ini ia telahpun menunjukkan peningkatan 21 peratus, berbanding empat tahun lalu. Muhyiddin berkata pada akhir 2013, sasaran purata bulanan 400,000 penumpang pengangkutan awam pada waktu puncak juga berjaya dilepasi dengan purata 437,525 penumpang setiap bulan, iaitu peningkatan 21 peratus dari tahun sebelumnya. “Saya percaya peningkatan jumlah pengguna pengangkutan awam ini disebabkan beberapa penambahbaikan yang diperkenalkan Kerajaan. Antaranya, penambahan kapasiti set tren perkhidmatan KTM komuter daripada tiga kepada enam gerabak dan pewujudan hab pengangkutan awam bersepadu yang strategik seperti Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan,” katanya, Muhyiddin berkata demikian semasa berucap merasmikan Kompleks Parkir Bertingkat "Park N Ride" Stesen Transit Aliran R...