SPAD Belum Luluskan Tambang Dan Surcaj Baharu Bas Sekolah
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) belum meluluskan sebarang surcaj dan tambang baharu bas sekolah seperti dilapor akhbar harian baru-baru ini. Suruhanjaya itu, dalam kenyataannya hari ini menjelaskan bahawa keputusan yang dicapai dengan wakil Persatuan-Persatuan bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) dan Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) ialah tiada surcaj atau kenaikan tambang bas sekolah sehingga SPAD mengumumkan skim baharu bas sekolah pada Mac 2014. "Pada masa ini SPAD dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan skim tambang baharu bas sekolah dengan mengambil kira tiga elemen penting. "Oleh itu, semua pengusaha perlu mengekalkan struktur tambang semasa seperti yang diluluskan Lembaga Perlesenan Kenderaan Komersial pada Ogos 2009," kata kenyataan itu. Kenyataan itu berkata tiga elemen berkenaan termasuk mengadakan sesi pertemuan dengan persatuan ibu bapa dan guru serta melihat skim baharu itu untuk m...