SPAD Lindungi Kepentingan Awam Sebelum Putuskan Kenaikan Tambang Bas Sekolah
SPAD Lindungi Kepentingan Awam Sebelum Putuskan Kenaikan Tambang Bas Sekolah KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memberi pertimbangan ke arah melindungi kepentingan awam sebelum membuat keputusan berhubung cadangan menaikkan tambang bas. Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata suruhanjaya itu juga akan berusaha mencapai formula agar tidak menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pihak yang berkaitan. "Kadar tambang bagi bas sekolah akan diumumkan tidak lama lagi. Kami mengadakan beberapa mesyuarat dan meneliti beberapa cadangan. "Kami perlu menimbangkan (kepentingan) orang awam juga, kerana mereka sudah tentulah tidak mahu sebarang kenaikan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Pengangkutan Bandar dan Transit Aliran Massa (MRT) 2013 di sini Selasa. Syed Hamid mengulas cadangan Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia untuk menaikkan tamba...