PELAKSANAAN KOD AMALAN INDUSTRI S.P.A.D. – KESELAMATAN UNTUK PENGENDALI BAS BAGI OPERASI DI KAWASAN TANAH TINGGI

PELAKSANAAN KOD AMALAN INDUSTRI S.P.A.D. – KESELAMATAN UNTUK PENGENDALI BAS BAGI OPERASI DI KAWASAN TANAH TINGGI KUALA LUMPUR: 27 September 2013 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang menjalankan siasatan dalaman ke atas syarikat bas yang terlibat dengan kes kemalangan Bas Henti-henti di KM 3.5 Jalan Genting Highland. SPAD akan meneliti secara terperinci segala aspek keselamatan dan pengurusan penyelenggaraan syarikat tersebut. Memandangkan kepentingan aspek keselamatan bagi pengendali bas di kawasan tanah tinggi, SPAD telah mengeluarkan Pekeliling mengenai pelaksanaan kod amalan industri bagi keselamatan pengendali bas yang beroperasi di kawasan tanah tinggi. Pekeliling ini amat penting sebagai makluman dan rujukan semua pengendali bas di kawasan tanah tinggi berhubung dengan pelaksanaan Kod Amalan Industri (ICOP) SPAD - Keselamatan. Antara keperluan yang terkandung di dalam pekeliling yang telah diwajibkan bagi kenderaan adalah seperti Pemasangan ...