Bas sekolah dan kilang boleh diguna sebagai bas tambahan Raya

Pengusaha yang mahu memohon Lesen Perkhidmatan Sementara (LPS) untuk menyediakan bas-bas tambahan Hari Raya boleh menggunakan bas pelancongan, sekolah dan bas kilang. Bagaimanapun bas sekolah dan kilang yang digunakan sebagai bas tambahan, mestilah berusia 10 tahun ke bawah, berhawa dingin dan dalam keadaan baik. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata, bagi memastikan pengusaha mematuhi syarat itu, SPAD akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menjalankan pemantauan. Selain itu SPAD juga akan memohon kerjasama daripada PUSPAKOM untuk lebih teliti dan tegas ketika membuat penilaian ke atas kenderaan berkenaan. "Bas yang mahu digunakan itu seharusnya dihantar menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM. Kita tak mahulah bas yang tempat duduknya tidak senonoh dan berlubang diluluskan oleh PUSPAKOM. SPAD mahu memastikan bas-bas tambahan yang digunakan itu memberikan kepuasan kepada penumpang,...