Kerajaan sedia bertemu SPAD bincang semula tambang ERL

Oleh MOHD HILMI MOHD ALI (www.bnbbc.my)

2 DIS: Kerajaan sedia bertemu dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dalam usaha mengkaji semula kenaikan harga tambang Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) jika ada keperluan.
Bagaimanapun menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi kenaikan harga tambang ERL tidak dapat dielakkan berikutan ia tertangguh hampir 14 tahun.
“Kos operasi ERL sudah meningkat dua kali ganda.
erl“Pada dasarnya kerajaan setuju naikkan harga tambang setelah 14 tahun permohonan mereka menaikkan tambang mengikut perjanjian tidak mendapat kelulusan, 14 tahun adalah jangka masa yang lama,” kata Aziz.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Lobi Parlimen pada Rabu.
Ketika ditanya mengenai adakah kementerian akan bertemu semula dengan SPAD untuk membincangkan semula kenaikan harga tambang berkenaan, Aziz berkata beliau bersedia.
“Ya,” jawabnya ringkas.
Bagaimanapun Aziz mencadangkan pengguna yang sering menggunakan perkhidmatan ERL memohon ‘travel card’ yang ditawarkan oleh ERL.
“Ada pakej yang lebih murah, mereka boleh dapat maklumat dengan ERL. Terdapat tiga pakej yang ditawarkan sehingga dapat mengurangkan hampir 40% daripada harga tiket,” katanya.
Semalam ERL mengumumkan akan menaikkan tambang mereka sebanyak RM20 berkuatkuasa 1 Januari 2016 setelah mendapat kelulusan SPAD.
Kadar tambah baharu itu melibatkan perjalanan sehala dari Stesen KL Sentral ke KLIA/KLIA2 kepada RM55 berbanding RM35 sebelum ini.
Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor berkata, kadar baharu itu lebih rendah jika mengikut perjanjian konsesi iaitu kenaikan kepada RM64 bagi perjalanan sehala. - bnbbc

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap