RAPIDKL AKAN MENGENDALIKAN SEMULA DUA LALUAN DI KORIDOR SUNGAI BESI DAN KORIDOR JALAN KLANG LAMA - BERKUATKUASA 21 DISEMBER, 2015




Kuala Lumpur, 19 Disember 2015: Di dalam usaha berterusan Suruhanjaya bagi
menyemak semula dan menstabilkan perkhidmatan bas di bawah Penyusunan Semula
Rangkaian Bas Henti-henti (Bus Network Revamp atau BNR), laluan 600 (Puchong
Utama - HAB Pasar Seni) di sepanjang Koridor Jalan Klang Lama dan laluan 506
(Putrajaya Sentral - Bandar Utama) di sepanjang Koridor Sungai Besi akan
dikendalikan semula oleh RapidKL, berkuat kuasa 21 Disember 2015.

Waktu operasi untuk laluan 600 adalah dari 5:30 pagi -11:30 malam dengan
kekerapan setiap 10 minit ketika waktu puncak pagi dan petang, manakala laluan
506 akan beroperasi dari 6:00 pagi -11:30 malam dengan kekerapan setiap 30 minit
ketika waktu puncak pagi dan petang.

SPAD ingin memberi jaminan kepada penumpang bahawa setiap langkah proaktif
sedang dilaksanakan bagi menyelesaikan isu-isu operasi pada kadar yang segera.
Sekaligus dengan itu, SPAD sedang memantau operasi pengendali melalui Sistem Hab
Pemantauan Prestasi (Performance Monitoring Hub System atau PMHS) untuk
menstabilkan perkhidmatan apabila tibanya 31 Disember, 2015.

 SPAD akan mengambil tindakan tegas terhadap pengendali yang gagal mematuhi syarat-syarat
yang telah ditetapkan seperti kekerapan perkhidmatan dan kapasiti bas. Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti ini bukanlah satu pelaksanaan yang
statik.

 Oleh itu, pihak Suruhanjaya sentiasa terbuka kepada penyemakan semula dan
pembaikan laluan serta jadual pengoperasian berdasarkan permintaan dan maklum
balas pengguna. Orang ramai digalakkan menghubungi SPAD di talian 1-800-88-
7723(SPAD), untuk menyuarakan pandangan mereka atau emel kepada

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
Block D, Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
T: +603 2726 7000 F: +603 2726 7100
http://www.spad.gov.my

aduan@spad.gov.my, atau berkongsi maklum balas mereka melalui media sosial di www.facebook.com/SPAD.my dan Twitter - @aduanSPAD dan @SPADchannel.

Untuk maklumat lanjut mengenai BNR seperti laluan, jadual bas dan senarai pengendali, sila layari www.spad.gov.my/bnr .
- Tamat -

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap