Beli tiket secara online ketika musim perayaan bagi mengelakkan kesesakan dan kesulitan - SPAD

PENGGUNA BAS EKSPRES DINASIHATKAN MENDAPATKAN TIKET MELALUI SISTEM ATAS TALIAN BAGI MENGELAKKAN KESESAKAN SEMPENA CUTI MAULIDUR RASUL DAN HARI KRISMAS



Kuala Lumpur, 22 Disember 2015: Pengguna perkhidmatan bas ekspres ke sektor Pantai Timur, Utara dan Selatan sempena cuti Maulidur Rasul dan perayaan Krismas yang ingin menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), dinasihatkan mendapatkan tiket melalui sistem atas talian dan mesin penjualan tiket (Ticket Vending Machine atau TVM).

 Bagi senarai portal dan laman sesawang syarikat-syarikat bas ekspres yang menawarkan pembelian tiket secara atas talian, pengguna boleh melayari http://www.spad.gov.my/ms/tiketBE .

 Bagi pengguna yang menuju ke Pantai Timur dari Hentian Jalan Pekeliling, mereka masih boleh membeli tiket secara atas talian daripada syarikat-syarikat bas yang beroperasi di hentian tersebut.

 Pembelian tiket secara awal, menggunakan TVM di TBS-BTS dan secara atas talian dapat mengurangkan kepayahan saat terakhir yang dialami pengguna yang terpaksa beratur panjang.

 Bagi melicinkan proses pembelian tiket, pihak pengurusan TBS-BTS telah menyediakan 7 TVM yang menawarkan tiket daripada 68 syarikat bas ekspres.

 Sebanyak 41 kaunter sistem tiket berpusat juga telah dibuka bagi penjualan tiket cetakan komputer kepada pengguna.

 TBS-BTS mempunyai kemudahan terkini dan saling hubung yang baik ke pusat bandar dengan tertumpunya pelbagai mod pengangkutan di dalam satu lokasi seperti LRT, KTM Komuter, KLIA Transit dan perkhidmatan teksi.

 Oleh itu, bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, pengguna dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam untuk ke TBS-BTS.

 Bagi memastikan terdapat bas yang cukup, SPAD juga telah membuka permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) kepada pengendali bas ekspres untuk menyediakan bas tambahan.

 Tempoh sah LPS ini adalah dari 23 Disember 2015 hingga 3 Januari 2016. SPAD ingin menasihati syarikat bas ekspres untuk memohon LPS awal sebelum setiap musim perayaan.

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap