Utamakan mendidik pemandu - SPAD

Gambar arkib
Syarikat- syarikat pengangkutan trak perlu mengutamakan mendidik pemandu dan menyediakan sistem sokongan yang mantap untuk mereka demi menentukan jalan raya jadi lebih selamat dan kemalangan melibatkan kenderaan berat berkurangan.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata adalah mustahak bagi peserta industri berkenaan menyedari betapa pentingnya untuk tidak saja menaik taraf dan memajukan kenderaan mereka, tetapi juga meningkatkan kecekapan pemandu.

"Pada 2012 saja, 83 peratus daripada kemalangann jalan raya melibatkan kenderaan barat di Lebuhraya Utara-Selatan adalah akibat kecuaian manusia, dan ini tidak termasuk seluruh Malaysia.

"Daripada angka itu, lori dan trak terlibat dalam 18.7 peratus dari kes berkenaan," katanya dalam ucapan semasa melancarkan Kelab Trucker Asia di Kuala Lumpur Rabu.

Syed Hamid mengambil perhatian sekalipun terdapat kenderaan paling maju, namun orang yang memandunya merupakan komponen paling penting dalam industri berkenaan.

Beliau memberitahu pemberita bahawa SPAD dan badan-badan lain yang relevan akan bekerjasama rapat untuk menentukan lebih banyak syarikat pengangkutan trak mengambil inisiatif mendidik pemandu mereka dan menyediakan persekitaran kerja kondusif dan selamat.-19/2/2014

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap