S.P.A.D. tidak akan bertolak ansur dengan pesalah undang-undang

S.P.A.D. TIDAK AKAN BERTOLAK ANSUR DENGAN MANA-MANA INDIVIDU DAN PENGUSAHA YANG TIDAK MEMATUHI UNDANG-UNDANG


KUALA LUMPUR (17 Februari 2014): Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu atau pengusaha yang menghalang pegawai S.P.A.D untuk menjalankan tugas di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

 Berikutan dengan kejadian serangan keatas pegawai penguatkuasa S.P.A.D di Pudu Sentral pada 15 Februari 2014. S.P.A.D amat kesal dan memandang serius kejadian tersebut. S.P.A.D telah memulakan siasatan keatas pengusaha dan individu terbabit atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas sehingga membawa kecederaan. Selain itu, S.P.A.D berharap pihak PDRM juga akan mengambil tindakan yang sewajarnya keatas individu terbabit,  sekiranya didapati bersalah.

Sehubungan ini, S.P.A.D ingin menyarankan agar semua pengendali menghormati undang-undang yang telah ditetapkan bagi mengelak tindakan dari mana – mana agensi penguatkuasaan. SPAD akan terus melipat-gandakan usaha penguatkuasaan bagi menjaga kepentingan rakyat dan hak pengguna yang menggunakan pengangkutan awam darat.

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap