SPAD minta rakyat adu pemandu warga asing

Kalau anda naik teksi dan melihat wajah pemandunya atau slanga percakapannya seperti orang asing tetapi mengaku warganegara Malaysia, jangan teragak-agak melaporkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Itulah pesanan Pengurus Besar Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Che Hasni Che Ahmad kepada pengguna-pengguna teksi di Malaysia.

Che Hasni yang ditemui pemberita selepas Ops Tegas Alien (Operasi Membanteras Pemandu Teksi Warga Asing) pada Rabu, berkata, kebelakangan ini SPAD banyak menerima aduan daripada orangramai mengenai kegiatan itu.

Sehubungan itu pada Rabu, SPAD melaksanakan Ops Tegas Alien secara bersepadu dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatam Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membanteras aktiviti pemandu teksi warga asing dan yang enggan menggunakan meter di sekitar
Cheras, Kajang dan Bukit Bintang.

Menurut Che Hasni, operasi dilaksanakan dalam dua fasa, iaitu dari pagi hingga tengahari dan pada waktu mlm.

Katanya seramai 13 pegawai dan 89 anggota merangkumi PDRM, imigresen, JPN dan SPAD.

"Daripada operasi ini kami berjaya merekodkan 32 kes di mana 21 pemandu didapati tidak mengunakan meter, lima cuba menetapkan harga tambang, seorang tidak mempunyai kad pemandu dan seorang enggan mengambil penumpang. Tiga orang pemandu dokumennya dirampas oleh JPN untuk disemak kesahihannya.

"Daripada tangkapan itu enam disyaki warga Pakistan tetapi memiliki kad pengenalan Malaysia. JPN sedang menyemak kad pengenalan mereka," katanya.

Che Hasni berkata hasil maklumat yang diterima daripada rakyat Malaysia yang prihatin, pihaknya telah mengenalpasti kawasan-kawasan di mana warga asing beroperasi sebagai pemandu teksi.

"Kita akan meneruskan operasi dari semasa ke semasa kerana kegiatan ini menjejaskan pendapatan pemandu teksi tempatan.

"Hari ni mungkin ada yang terlepas, tetapi insyaAllah kita akan buat lagi," tambahnya.

Menurut Che Hasni warga asing yang tertangkap dalam Ops Tegas Alien itu menyewa teksi daripada syarikat.







"Kebanyakan teksi bukan milik mereka tetapi disewa daripada syarikat. Adalah tanggungjawab syarikat untuk menyemak status sama ada pemohon itu warga tempatan atau warga asing sebelum menyerahkan teksi untuk disewa.

"Mungkin juga syarikat sudah menyemak setelah mereka menunjukkan kad pengenalan. Tetapi walaupun ada kad pengenalan, ia agak meragukan kerana nama Melayu tetapi wajah dan gaya bercakap agak mencurigakan. Tetapi apapun kami sudah menyerahkan kepada JPN untuk menyiasat."

Sehubungan itu Che Hasni mengalu-alukam rakyat Malaysia membuat aduan terhadap salah laku pemandu teksi kepasa SPAD melalui hotline, SMS atau emel di mana segala butiran boleh didapati menerusi sesawang www.spad.gov.my

"Kalau nak buat aduan sila ambil gambar atau rakamkan perbualan atau video dan hantar kepada SPAD supaya kami boleh ambil tindakan segera.

"Pastikan juga mengambil gambar pemandu, kad pemandu, nombor plet dan nama syarikat yang tertera di badan teksi.

"Kita nak ambil tindakan tegas bukan sahaja terhadap pemandu warga asing tetapi juga pemandu tempatan yang tidak bertanggungjawab dan degil kerana tak mahu menggunakan meter. Sikap mereka boleh dikira menipu juga.

"Tahun ini adalah Tahun Melawat Malaysia. Kita kena banteras kegiatan ini untuk jaga imej negara. - 13/2/14.












 








Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap