Input bina LRT ke Shah Alam, Pelabuhan Klang
Oleh ZAINI
UMAR
21 FEB: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengambil kira segala input dikemukakan UMNO Bahagian Shah Alam berhubung permohonan membina sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang menghubungkan Kelana Jaya, Shah Alam sehingga ke Pelabuhan Klang.
21 FEB: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengambil kira segala input dikemukakan UMNO Bahagian Shah Alam berhubung permohonan membina sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang menghubungkan Kelana Jaya, Shah Alam sehingga ke Pelabuhan Klang.
Pengerusinya,
Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, input yang diberikan pihak tersebut amat
berguna untuk membantu SPAD melakukan kajian terperinci sebelum mengambil
tindakan lanjut.
“Kita akan
berbincang dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) yang
bertanggungjawab dalam perkara ini dan memberikan tumpuan terhadap kajian
mengenainya,” katanya.
Beliau
berkata demikian selepas menerima memorandum berhubung permohonan
tersebut daripada Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Azhari Shaari, di
pejabatnya, di Shah Alam.
Turut
hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Kamal Mohamed Ismal,
Timbalan Ketua Bahagian UMNO Shah Alam, Datuk Abdul Rahim Mat Shah, Naib
Ketua Bahagian, Datuk Nor Hisham Ses dan Ketua Pemuda, Ahmad Mua’adzam Yaakop.
Selasa
lalu, Prasarana menyokong penuh cadangan itu yang kini berada di tahap terakhir
sebelum dibentangkan kepada SPAD bulan depan.
Dalam
perkembangan sama, Syed Hamid berkata, pihaknya sedang mempertimbang cadangan
itu memandangkan projek laluan LRT yang menghubungkan Kelana Jaya – Shah
Alam – Pelabuhan Klang (LRT Line 3) termasuk dalam rangka pelan induk
SPAD.
“Justeru,
kita amat berharap agar dapat bekerjasama dengan UMNO Shah Alam dalam sesi
pendengaran awam sekiranya projek itu diluluskan kelak,” tambah beliau.
Dalam pada
itu, Azhari berkata, pihaknya amat berharap rancangan itu menjadi
kenyataan kerana ia akan memberi manfaat kepada kira-kira 700,000 penduduk di
Shah Alam.
“Kami
difahamkan kajian kebolehlaksanaan telah dijalankan oleh Prasarana pada
penghujung tahun lalu dan ia sekaligus dapat mengatasi masalah kesesakan
jalan raya, mengurangkan kos dan memendekkan masa perjalanan,” ujarnya.
–bnbbc.my
Comments
Post a Comment