Posts

Penempatan Semula Had Medan Pasar

Image
PENEMPATAN SEMULA HAB MEDAN PASAR Hentian Akhir Bandar (HAB) dialihkan bagi melancarkan aliran trafik di pusat bandar 22 Disember, 2017, Kuala Lumpur – Berkuat kuasa pada hari Sabtu 23 Disember, 2017, Hentian Akhir Bandar (HAB) Medan Pasar akan dikategorikan semula sebagai sebuah hentian bas.  Dengan perubahan ini, bas tidak dibenarkan lagi untuk menunggu atau diparkir di lokasi tersebut. Bas hanya dibenarkan untuk mengambil dan menurunkan penumpang.  Perubahan ini adalah bagi melancarkan aliran trafik di kawasan Medan Pasar (berdekatan HSBC), yang mengalami masalah kesesakan lalu lintas ketika waktu puncak.  Bas yang berhenti di kawasan itu juga didapati telah menyumbang kepada kesesakan tersebut. HAB Lebuh Pudu juga menyediakan kemudahan dan tempat berteduh yang lebih baik bagi keselesaan pengguna.  Peralihan ini akan melibatkan 50 bas yang dikendalikan oleh syarikat Selangor Omnibus Co Bhd dan Setara Jaya Sdn Bhd. Perkhidmatan yang terbabit bagi Se...

Lawatan Bersama YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri Sempena Kempen Keselamatan Musim Cuti Sekolah, Perayaan Krismas & Tahun Baru 2018

Image
Lawatan Bersama YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri Sempena Kempen Keselamatan Musim Cuti Sekolah, Perayaan Krismas & Tahun Baru 2018 YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dan barisan pengurusan telah melawat Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan (TBS) bagi meninjau persiapan terminal bagi musim cuti sekolah, perayaan Krismas dan Tahun Baru 2018 yang akan datang. YB Menteri telah meninjau keadaan kaunter tiket bas serta mengedarkan risalah ‘Hak Anda Sebagai Pengguna’ dan menyampaikan cenderahati kepada para pengguna bas ekspres yang sedang di dalam perjalan sempena musim cuti akhir tahun ini.

E-hailing tingkat pendapatan pemandu teksi

Image
KUALA LUMPUR 11 Dis. - Pemandu teksi mengakui perkhidmatan e-hailing iaitu aktiviti tempahan teksi secara dalam talian melalui aplikasi mudah alih meningkatkan pendapatan mereka sekali ganda berbanding ketika menjalankan operasi teksi secara konvensional. Seorang pemandu teksi, Rizki Malindo Wijaya, 28, berkata, sejak menggunakan perkhidmatan tersebut setahun lalu, pendapatannya bertambah sekali ganda iaitu daripada RM2,000 kepada RM3,000 sebulan. “Penumpang kini lebih gemar menggunakan aplikasi tertentu untuk mendapatkan khidmat teksi kerana mudah dan pantas. Jadi sebagai pemandu teksi, kita perlu mengikut peredaran semasa tak boleh ikut cara lama. “Kerajaan pun telah beri geran RM5,000 kepada pemandu teksi yang layak, jadi kepada mereka yang belum mempunyai kereta sendiri, jangan lepaskan peluang beli kereta baru dan mulakan operasi menggunakan e-hailing,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusa...

300 pemandu teksi terima lesen individu

Image
KUALA LUMPUR 11 Dis. - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini menyerahkan 300 lesen individu kepada pemandu teksi yang telah tamat tempoh perjanjian sewa-pajak kenderaan mereka.  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bilangan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan lesen yang dikeluarkan SPAD tahun ini adalah 1,208. “Manakala seramai 125 individu yang layak menerima geran tunai kerajaan sebanyak RM5,000 menjadikan jumlah keseluruhan pemandu yang menerima geran pada tahun ini lebih 500 orang. KUALA LUMPUR 11 Dis. - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini menyerahkan 300 lesen individu kepada pemandu teksi yang telah tamat tempoh perjanjian sewa-pajak kenderaan mereka.    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bilangan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan lesen yang dikeluarkan SPAD tahun ini adalah 1,208. “Manaka...

Kemalangan Tren: SPAD tubuh Jawatankuasa Siasatan Keselamatan

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menubuhkan jawatankuasa siasatan keselamatan pelbagai agensi untuk menentukan punca utama di sebalik beberapa insiden kemalangan tren kargo Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).   Jawatankuasa tersebut juga akan memperkenalkan langkah-langkah penambahbaikan untuk operasi perkhidmatan kargo KTMB.   SPAD, dalam kenyataan Jumaat, berkata suruhanjaya itu akan mengetuai jawatankuasa itu yang akan dianggotai oleh pakar daripada beberapa kementerian, agensi dan sektor swasta berkaitan.   Antara lain, jawatankuasa itu akan ditugaskan untuk mengkaji secara komprehensif semua rangka kerja, struktur, proses yang sedang diguna pakai serta mendapatkan jaminan bahawa keselamatan diberi keutamaan yang tinggi dalam operasi dan perkhidmatan penyelenggaraan KTMB.   Sebelum ini, Ogos lepas, dua insiden tren kargo tergelincir dilaporkan dan semalam, perkhidmatan tren di sekitar Lembah Klang terjejas selepas 12 gerabak tre...

Operasi tren kargo sepanjang laluan Rawang – Salak Selatan digantung - SPAD

Image
SPAD MENGARAHKAN KTMB UNTUK MENGGANTUNG OPERASI TREN KARGO SEPANJANG LALUAN RAWANG - SALAK SELATAN BERIKUTAN KEGELINCIRAN  KUALA LUMPUR, 23 NOVEMBER 2017 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius kejadian kegelinciran tren kargo KTMB di stesen Bank Negara yang telah mengakibatkan ramai pengguna KTM mengalami gangguan perkhidmatan.  Suruhanjaya menganggap bahawa kejadian itu tidak boleh diterima dan dengan itu telah mengarahkan KTMB bagi mempercepatkan siasatan serta mengemukakan laporan penuh mengenai insiden tersebut bagi mengenal pasti punca sebenar kegelinciran.  Sebagai langkah berjaga-jaga yang segera, SPAD telah mengarahkan KTMB untuk menggantung perkhidmatan kargo di sepanjang laluan Rawang-Salak Selatan sehingga siasatan dimuktamadkan. Di samping itu, SPAD telah menegaskan kepada KTMB untuk mengkaji semula dan memperbaiki prosedur pengendalian gerabaknya bagi memastikan keselamatan terjamin.  Suruhanjaya juga telah mengarahka...

Sultan Johor perkenan jambatan lurus JB-Singapura untuk projek RTS

Image
Sultan Johor telah beri perkenan baginda bagi jajaran jambatan setinggi 25m yang akan merentasi Selat Johor secara lurus ke Woodlands,Singapura untuk projek Rapid Transit System (RTS) Link.   Baginda beri perkenaan itu dalam pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Bin Mat Sah bersama pegawai-pegawai kanan beliau di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru pada 15 November.   Sebelum ini Sultan Johor yang menyambut baik projek RTS Link bagaimanapun  tidak bersetuju dengan cadangan reka bentuk trek rel yang melengkung, selain jambatannya yang mungkin mencapai ketinggian 30 meter di bahagian tengahnya.   Satu kenyataan SPAD kata  dalam pertemuan dengan baginda SPAD telah mengemukakan tiga pilihan jajaran bagi projek RTS.   Jajaran ini mematuhi panduan teknikal Jabatan Laut Malaysia yang menetapkan had ketinggian jambatan bersama drauf udara minima 25m. Menurut kenyataan SPAD Sultan Johor juga menekankan kepentingan mema...