Posts

Kemalangan Tren: SPAD tubuh Jawatankuasa Siasatan Keselamatan

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menubuhkan jawatankuasa siasatan keselamatan pelbagai agensi untuk menentukan punca utama di sebalik beberapa insiden kemalangan tren kargo Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).   Jawatankuasa tersebut juga akan memperkenalkan langkah-langkah penambahbaikan untuk operasi perkhidmatan kargo KTMB.   SPAD, dalam kenyataan Jumaat, berkata suruhanjaya itu akan mengetuai jawatankuasa itu yang akan dianggotai oleh pakar daripada beberapa kementerian, agensi dan sektor swasta berkaitan.   Antara lain, jawatankuasa itu akan ditugaskan untuk mengkaji secara komprehensif semua rangka kerja, struktur, proses yang sedang diguna pakai serta mendapatkan jaminan bahawa keselamatan diberi keutamaan yang tinggi dalam operasi dan perkhidmatan penyelenggaraan KTMB.   Sebelum ini, Ogos lepas, dua insiden tren kargo tergelincir dilaporkan dan semalam, perkhidmatan tren di sekitar Lembah Klang terjejas selepas 12 gerabak tre...

Operasi tren kargo sepanjang laluan Rawang – Salak Selatan digantung - SPAD

Image
SPAD MENGARAHKAN KTMB UNTUK MENGGANTUNG OPERASI TREN KARGO SEPANJANG LALUAN RAWANG - SALAK SELATAN BERIKUTAN KEGELINCIRAN  KUALA LUMPUR, 23 NOVEMBER 2017 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius kejadian kegelinciran tren kargo KTMB di stesen Bank Negara yang telah mengakibatkan ramai pengguna KTM mengalami gangguan perkhidmatan.  Suruhanjaya menganggap bahawa kejadian itu tidak boleh diterima dan dengan itu telah mengarahkan KTMB bagi mempercepatkan siasatan serta mengemukakan laporan penuh mengenai insiden tersebut bagi mengenal pasti punca sebenar kegelinciran.  Sebagai langkah berjaga-jaga yang segera, SPAD telah mengarahkan KTMB untuk menggantung perkhidmatan kargo di sepanjang laluan Rawang-Salak Selatan sehingga siasatan dimuktamadkan. Di samping itu, SPAD telah menegaskan kepada KTMB untuk mengkaji semula dan memperbaiki prosedur pengendalian gerabaknya bagi memastikan keselamatan terjamin.  Suruhanjaya juga telah mengarahka...

Sultan Johor perkenan jambatan lurus JB-Singapura untuk projek RTS

Image
Sultan Johor telah beri perkenan baginda bagi jajaran jambatan setinggi 25m yang akan merentasi Selat Johor secara lurus ke Woodlands,Singapura untuk projek Rapid Transit System (RTS) Link.   Baginda beri perkenaan itu dalam pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Bin Mat Sah bersama pegawai-pegawai kanan beliau di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru pada 15 November.   Sebelum ini Sultan Johor yang menyambut baik projek RTS Link bagaimanapun  tidak bersetuju dengan cadangan reka bentuk trek rel yang melengkung, selain jambatannya yang mungkin mencapai ketinggian 30 meter di bahagian tengahnya.   Satu kenyataan SPAD kata  dalam pertemuan dengan baginda SPAD telah mengemukakan tiga pilihan jajaran bagi projek RTS.   Jajaran ini mematuhi panduan teknikal Jabatan Laut Malaysia yang menetapkan had ketinggian jambatan bersama drauf udara minima 25m. Menurut kenyataan SPAD Sultan Johor juga menekankan kepentingan mema...

SPAD teruju dengan perhatian kerajaan dalam Bajet 2018

Image
 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melahirkan teruja dengan perhatian kerajaan yang ingin menubuhkan Pusat Kecemerlangan Kebangsaan untuk menyokong pembangunan tenaga kerja mahir dalam industri keretapi.  Pusat yang akan diseliakan SPAD itu akan memainkan peranan mengenalpasti, melatih dan mengiktiraf kakitangan untuk pekerjaan mahir dalam sektor keretapi.  "Malaysia Rail Link Sdn Bhd (yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan) akan bekerjasama dengan universiti awam untuk melatih 3000 orang daripada golongan profesional untuk Projek Keretapi Pantai Timur," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.  Tambahnya lagi, MRT yang dikenali sebagai Circle Line, yang bakal siap pada 2025 iaitu dua tahun lebih awal dari yang dianggarkan, akan menjadi perkara penting kepada usaha SPAD untuk mencapai bahagian modal yang disasarkan sebanyak 40 peratus di kawasan bandar menjelang 2030.  Selain itu, peruntukkan sebanyak RM45 juta untuk memperkenalkan inisiati...

Budget 2018 - Goverment Strengthens Commitment To Improve Land Public Transport

Image
BUDGET 2018: GOVERNMENT STRENGTHENS COMMITMENT TO IMPROVE LAND PUBLIC TRANSPORT KUALA LUMPUR  (27 October 2017) – The Land Public Transport Commission (SPAD) welcomes the significant allocations announced by YAB Prime Minister Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak in Budget 2018 for key infrastructure projects in Greater Kuala Lumpur/ Klang Valley and across the nation. SPAD is enthused to note that the Government will establish the National Rail Centre of Excellence to support the development of skilled workforce for the rail industry. The Centre which will be supervised by SPAD, will identify, train and accredit personnel for skilled jobs in the national rail sector. In addition, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (owned by Ministry of Finance Inc) will collaborate with public universities to train up to 3,000 professionals for the East Coast Rail Link Project.  The fast-tracked completion of MRT3, also called the Circle Line, by phases in 2025, instead of the previously...

Usaha S.P.A.D Diiktiraf

Image
LAND PUBLIC TRANSPORT COMMISSION RECOGNISED BY INTERNATIONAL ASSOCIATION OF TRANSPORTATION REGULATORS Mr Matthew Daus of IATR (left) presenting the award to SPAD CEO Encik Mohd Azharuddin Mat Sah KUALA LUMPUR, 26 OCTOBER, 2017: The Land Public Transport Commission (SPAD) has been honoured with the first ever International Best Practices Award for Transportation Innovation, Reform, and Multi-Modal Planning by the International Association of Transportation Regulators (IATR). Into its 30th year, International Association of Transportation Regulators ("IATR"), is a nonprofit educational and advocacy organisation dedicated to improving the practice of licensing, enforcement and administration of transportation through the sharing of information and resources. The award was presented by Matthew Daus, board member of US-based IATR, to SPAD CEO, Mohd Azharuddin Mat Sah at the sidelines of the Land Public Transport Symposium 2017 here on Monday (October 23). In the cit...

Kemalangan Bas Kilang di Juru : Permit Pengendali Digantung

Image
SPAD MENGGANTUNG PERMIT KENDERAAN PENGENDALI BAS PEKERJA BERIKUTAN TRAGEDI DI JURU, BUKIT MERTAJAM KUALA LUMPUR, 25 OKTOBER 2017: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menzahirkan rasa simpati dan merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas bas pekerja yang mengorbankan lapan nyawa di kilometer 147, berhampiran Plaza Tol Juru, Bukit Mertajam baru-baru ini.  Berikutan tragedi tersebut, Suruhanjaya telah menggantung permit setiap kenderaan milik kedua-dua pengendali tersebut – KJJ Maju Enterprise dan Icon Tours Sdn Bhd – pada 24 Oktober 2017 bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan oleh Bahagian Pematuhan dan Audit Keselamatan SPAD ke atas kedua-dua pengendali berdasarkan piawaian Kod Amalan Keselamatan Industri (Industrial Code of Practice atau ICOP).  SPAD akan mengambil tindakan yang sewajarnya di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD 2010) ke atas mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang.  Keselamatan pe...