Posts

Aplikasi bas perantara bakal diperkenal - Liow

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan satu aplikasi baharu bagi membolehkan pengguna pengangkutan awam mendapatkan maklumat mengenai jadual bas perantara, bermula suku ketiga tahun ini.  Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata aplikasi yang sedang dibangunkan itu akan dapat diakses secara dalam talian menggunakan telefon pintar. "Apabila dilancarkan, aplikasi ini akan memudahkan orang ramai menggunakan perkhidmatan bas perantara seperti yang telah dilaksanakan sekarang untuk kemudahan GrabCar dan Uber.  "Pengguna hanya perlu memasukkan data, contohnya dari Kuala Lumpur ke Lembah Klang, dan mereka boleh tahu di mana bas berada, bas perantara apa yang melalui laluan itu kerana semua perkhidmatan bas awam berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)," katanya selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia di sini, hari ini.  Liow juga berkata, projek Bas Rapid Transit (BRT) dari Kuala Lumpur ke Klang dijangka akan dimulakan tahun...

Ops Tegas: SPAD sita 10 van sekolah haram

Image
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini menyita 10 van persendirian yang menjalankan perkhidmatan awam tanpa Lesen Pengendali yang sah dengan mengambil dan menurunkan murid sekolah.  Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, berkata 10 van berkenaan dikesan ketika waktu puncak iaitu sekitar tengah hari dan petang di beberapa lokasi sasaran dalam kawasan bandar raya ini.  Katanya, antara lokasi tumpuan Ops Tegas adalah sekitar Bandar Baru Uda, Seri Alam, Taman Daya, Gelang Patah dan Taman Universiti. "Kami membuat operasi ini berdasarkan aduan bas sekolah beroperasi tanpa permit dan tiada lesen pengendali yang sah mengikut Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.  "Bagi kesalahan ini, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali, selain kenderaan yang terbabit boleh dilucut hak," katanya ketika dihubungi, hari ini. ...

Pengusaha teksi perlu terima e-hailing...

Image
Pengusaha dan pemandu teksi perlu berhenti merungut, sebaliknya menerima perubahan masa dan menggunakan teknologi seperti perkhidmatan e-hailing seperti yang dibuat oleh UBER dan Grabcar.   Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata, pihaknya menyedari ramai dalam kalangan pemandu teksi merungut apabila UBER dan Grabcar beroperasi kerana ia menjejaskan pendapatan mereka, namun SPAD tidak boleh menghalang perkhidmatan berkenaan kerana ia mempunyai permintaan dan turut digunakan di beberapa negara maju lain.   Syed Hamid Albar berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan Surat Tawaran Kelulusan (STK) Lesen Individu kepada 300 pemandu teksi yang telah menamatkan tempoh kontrak pajak mereka di Subang Jaya, Jumaat.   "Satu perkara yang kita tak dapat tahan ialah perubahan. Bila kita berdepan dengan perubahan kita sama ada boleh melihat dan merungut atau kita mengambil pendekatan untuk mencari ruang yang terbaik untuk mendapat faedah dari...

300 pemandu teksi dapat lesen individu

Image
Seramai 300 pemandu teksi yang telah menamatkan tempoh kontrak pajak mereka, menerima Surat Tawaran Kelulusan (STK) Lesen Individu dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), pada Jumaat. Kumpulan penerima itu adalah sebahagian daripada 3.007 pemohonan yang telah diterima oleh SPAD sejak Ogos 2016 di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP). Kesemua 300 penerima Lesen Individu itu juga menerima geran tunai Kerajaan berjumlah RM5 ribu untuk membeli kenderaan baharu. Geran berkenaan adalah sebahagian daripada RM150 juta yang diperuntukkan Kerajaan dalam Bajet 2017. Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata pemberian lesen individu itu adalah salah satu langkah Kerajaan untuk membantu pemandu dan pengusaha teksi untuk keluar dari sistem pajak. "Saya harap dengan pemberian surat tawaran kelulusan ini, kita dapat melahirkan satu generasi usahawan teksi yang berkemampuan berdaya saing pada ketika industri sedang berhadapan dengan kemajuan teknologi ...

Jangan politikkan projek ECRL kerana ia untuk kebaikan negara dan keselesaan rakyat - PM

Image
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meminta supaya Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak dipolitikkan kerana ia adalah untuk kebaikan negara dan keselesaan rakyat.   Malah katanya ECRL juga selain menguntungkan negara boleh menjadi pemangkin untuk meningkatkan ekonomi serta mengubah kehidupan dan taraf hidup penduduk di negeri-negeri Pantai Timur.   "Saya musykil bila projek ini begitu menguntungkan negara khususnya negeri-negeri Pantai Timur, dan diakui boleh menjadi "game-changer", boleh mengubah gaya hidup kita menjadi lebih moden, lebih progresif, tapi ada pula orang yang cuba menidakkan usaha ini kononnya kita menjual kedaulatan negara.   "Memang kita buat hubungan dengan China dengan mendapat pinjaman dari Exim Bank. Dengan China juga kita wujudkan kerjasama antarabangsa. Sudah tentu ia mengukuhkan hubungan antara negara.   "Projek ini sebagai pemangkin mengubah cara hidup kita. Bila masa pengangkutan rel bermaksud ju...

Projek KVDT sudah 28 peratus dan siap 2019

Image
Projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) sudah mencapai 28 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2019.   Projek yang membabitkan kos RM1.4 billion itu telah bermula sejak pertengahan tahun lalu membabitkan landasan sejauh 42 kilometer di antara jajaran Rawang-Salak Selatan dan Sentul-Simpang Batu.   Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, berkata, projek itu membabitkan kerja-kerja naiktaraf 16 stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), sistem isyarat, elektrik dan pemasangan sistem radio metra.   Azharuddin berkata demikian pada sidang media di tapak projek di Rawang, Selangor, Jumaat.   Menurut Azharuddin lagi, walaupun ada kalanya berlaku kelewatan kerana beberapa faktor, dia yakin projek berkenaan akan siap mengikut jadual.   "Memang ada tergendala seketika kerana faktor cuaca dan teknikal tetapi saya yakin kontraktor yang bertanggungjawab, Dayamaju Infrastruc...

Kerajaan susun semula sistem lesen PSV

Image
Kerajaan akan meneliti untuk menyusun semula sistem lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV) merangkumi aspek harga dan kaedah kelulusannya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, harga PSV yang tinggi dan kaedah kelulusan agak rumit merupakan antara faktor menyebabkan kekurangan kapten bas ekspres yang menjadi salah satu penyumbang kepada terjadinya kemalangan maut melibatkan pengangkutan awam itu. “Antara sebab lain adalah upah perjalanan yang rendah menyebabkan pemandu bas itu sendiri tidak mahu berkongsi upah dan tidak mahu membawa kapten bas bersama mereka. “Semua perkara ini perlu dibincangkan semula termasuk kebajikan dan bayaran kepada pemandu serta kapten bas bagi memastikan kadar kemalangan bas ekspres dapat dikurangkan seterusnya mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem pengangkutan awam negara,” katanya kepada pemberita dalam pelancaran Makmal Transformasi Bas Ekspres pada Isnin. Yang turut hadir, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkuta...