Posts

SPAD MEMBERI MAKLUM BALAS BERIKUTAN DEMONSTRASI PEMANDU TEKSI DI SEKITAR KUALA LUMPUR

Image
Kuala Lumpur, 29 Mac 2016 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menerima laporan berkaitan demonstrasi oleh pemandu teksi di sekitar kawasan Bukit Bintang yang mahukan aplikasi Uber dan GrabCar diharamkan.  SPAD sehubungan itu ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas tindakan pantas dan kerjasama yang diberikan bagi mengawal keadaan serta mengurangkan kesulitan yang dialami oleh orang awam.  Kenderaan yang digunakan oleh aplikasi Uber dan GrabCar tidak mempunyai lesen yang sah daripada pihak berkuasa seperti SPAD dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).  Suruhanjaya sedang mengambil langkah bagi memastikan aplikasi seperti Uber dan GrabCar dapat dikawal selia di bawah undang-undang dan tidak mengugat industri teksi yang sedia ada. Namun begitu, usaha tersebut memerlukan masa.  Suruhanjaya prihatin terhadap isu-isu di dalam industri teksi dan sedang berusaha bagi mendapatkan penyelesaian yang sesuai bagi ...

SPAD sedia lulus permohonan KTM tutup sebahagian landasan jika penuhi syarat

Image
Permohonan Keretapi Tanah Melayu (KTM) untuk menutup sebahagian daripada landasannya untuk menaiktaraf sistem bagi Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) akan diluluskan jika ia dapat memberi jaminan keselamatan pengguna dan perkhidmatan tidak akan tergendala. "KTM hendaklah mengutamakan soal keselamatan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf infrastruktur dan sistem bagi KVDT. "Selain itu KTM harus memastikan kekerapan perkhidmatan tren antara-bandar setiap 15 minit pada waktu puncak tidak terjejas dengan kerja-kerja naiktaraf berkenaan," kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar. "Jarak kerja-kerja naik taraf itu akan membabitkan laluan sejauh 42 kilometer. Oleh itu kami boleh terima sekiranya perkhidmatan bukan waktu puncak akan terjejas daripada kebiasan setiap setengah jam kepada 45 minit. "Bagaimanapun KTM mesti memastikan perkhidmatan waktu puncak dikekalkan, iaitu setiap 15 minit,...

Polisi Toleransi Sifar SPAD Terhadap Rasuah

Image
Kuala Lumpur, 23 Mac, 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius terhadap penahanan lima anggota penguatkuasaan yang ditugaskan di KLIA dan KLIA2 oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan menerima rasuah. Penahanan tersebut amat membimbangkan kerana ia melibatkan integriti Suruhanjaya di dalam melaksanakan tugas bagi kepentingan rakyat dan industri pengangkutan awam. SPAD akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM di dalam siasatan yang sedang dijalankan. SPAD sentiasa mengamalkan polisi toleransi sifar terhadap rasuah. Suruhanjaya akan mengenakan tindakan yang keras terhadap kakitangan yang didapati bersalah; ini termasuk tindakan pemecatan daripada perkhidmatan. Orang ramai atau mana-mana pihak boleh menyuarakan perkara dan isu-isu berkaitan integriti kakitangan SPAD melalui talian 1-800-88-7723 atau emel kepada integrity@spad.gov.my

Diskaun 30% Untuk Pengguna Bas Dilanjutkan

Image
KERAJAAN MELANJUTKAN INSENTIF DISKAUN 30% BAGI PENGGUNA PERKHIDMATAN BAS ANTARA BANDAR KUALA LUMPUR,  29 FEBRUARI 2016 – Kerajaan akan melanjutkan diskaun 30% bagi pengguna perkhidmatan bas antara bandar bagi laluan dari Rawang, Klang dan Seremban ke Kuala Lumpur mulai 1 Mac 2016 sehingga 31 Disember 2016.  Inisiatif yang diperkenalkan pada 1 September 2015 ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk meringankan kos perjalanan harian bagi pengguna yang menetap di kawasan pinggir bandar dan yang bekerja di pusat bandar Kuala Lumpur.  Disamping itu, diskaun ini juga bertujuan untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam secara lebih meluas dan akan memberi manfaat kepada orang ramai yang memilih pas bulanan bagi perjalanan mereka. Diskaun ini adalah tertakluk pada terma dan syarat, dan ianya terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang menetap di Seremban, Klang dan Rawang dan bekerja di Kuala Lumpur.  Borang aplikasi bo...

1 April - MyBAS akan mula beroperasi di Perak

Image
Mulai 1 April ini rakyat Perak boleh menikmati perkhidmatan bas henti-henti baru yang lebih selesa dan canggih apabila myBAS mula operasi di beberapa kawasan di negeri itu. "Perkhidmatan di bawah jenama myBAS ini akan menawarkan pengangkutan awam yang lebih bersepadu, liputan rangkaian laluan yang lebih baik, laluan baharu serta perkhidmatan yang boleh dipercayai," kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara SPAD dengan The Combined Bus Services Sdn Bhd (TCBS). Syed Hamid berkata myBAS adalah sebahagian daripada program Transfornasi Perkhidmatan Henti-Henti (SBST) yang dibiaya oleh Kerajaan. Pada majlis menandatangi perjanjian itu, SPAD diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Azharuddin Mat Sah dan TCBS diwakili Pengarah Urusan, Dato Seri Cheong Fong Fitt. Syed Hamid menjadi saksi bagi pihak SPAD manakala TCBS diwakili Pengarah Ek...

SPAD terbuka kepada perbincangan dengan Consortium Zenith

Image
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terbuka kepada perbincangan dengan Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd yang bercadang meluaskan rangkaian rel perkhidmatan kargo yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB). Suruhanjaya itu bagaimanapun menjelaskan bahawa SPAD belum lagi menerima sebarang permohonan rasmi bagi mendapatkan lesen berkenaan daripada Consortium Zenith. "SPAD ingin menyatakan bahawa pihak Suruhanjaya belum lagi menerima apa-apa permohonan rasmi bagi mendapatkan lesen tersebut daripada Consortium Zenith. "Oleh itu, kenyataan daripada syarikat berkenaan bahawa ia sedang menunggu kelulusan SPAD seperti mana yang dilaporkan oleh media, adalah tidak tepat," demikian menurut SPAD dalam satu kenyataan hari ini. Menurut laporan, dalam usaha untuk mempelbagaikan perniagaannya, Consortium Zenith BUCG memperuntukkan RM800 juta untuk menempatkan kedudukannya menjadi pengendali kereta api kargo yang mencatat keuntungan dan mampan. Pengerusinya, Datuk ...

SPAD Syor Batal Lesen PSV Bagi Pemandu Yang Terbabit Dengan Salahlaku

Image
SPAD MEMULAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PENGENDALI DAN PEMANDU BAS YANG TERBABIT DALAM KEJADIAN SALAH LAKU YANG DIPAPARKAN DI DALAM VIDEO VIRAL   Suruhanjaya mengesyorkan pembatalan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV)  yang dimiliki pemandu  6 Februari, 2016 –Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melengkapkan siasatan berkaitan kejadian salah laku seorang pemandu bas ekspres terhadap penumpang ketika di dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang pada 25 Januari 2016 yang telah dipaparkan di dalam sebuah video viral.  Berikutan siasatan yang telah dijalankan oleh SPAD pada 1 Februari, 2016 bersama syarikat bas ekspres, pemandu dan seorang saksi, SPAD telah memulakan tindakan undang-undang terhadap pengendali bas kerana melanggar syarat-syarat lesen, yang termasuk kegagalan untuk memastikan pemandu bas sentiasa berkelakuan baik dan beretika ketika bertugas. SPAD juga telah mengeluarkan surat kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi m...