Posts

ETS ke Padang Besar siap tahun hadapan

Image
Kerja-kerja menyiapkan trek berganda untuk Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) dari Ipoh hingga Padang Besar telah hampir siap dan dijangka akan beroperasi tahun hadapan. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, berkata, setelah projek ETS ke Padang Besar itu siap, tumpuan akan beralih pula ke laluan Gemas-Johor Bahru. Katanya SPAD juga sedang meninjau peluang meningkatkan kemudahan sedia ada dan memperluaskan perkhidmatan rel antara Pantai Timur dan Barat. "Jika kita lihat di bahagian Pantai Timur, trek Wakaf Baru-Gemas-Kuala Lumpur sudah terlalu lama dan antara Timur ke Barat masih belum ada landasan-landasan baharu. "Ini adalah peluang-peluang baru yang boleh kita jadikan salah satu daripada penghubung di antara negeri dan bandar di dalam Malaysia samada di semenanjung atau di Sabah dan Sarawak," katanya. Syed Hamid berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama di Simposium Pengangkutan Awa...

Anugerah Pengangkutan Awam Darat - ERL dan Sani Express pengendali terbaik!

Image
Pengurusan yang cekap, menepati masa serta mengutamakan keselamatan dan keselesaan penumpang melayakkan Express Rail Link Berhad (ERL) menerima anugerah Pengendali Terbaik kategori Perkhidmatan Bandar dan Antarabandar sempena Simposium Pengangkutan Awam Darat 2014 pada Isnin. Kejayaan itu melayakkan ERL menerima piala dan sijil pengiktirafan dari pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar dalam majlis gemilang yang diadakan di Kuala Lumpur. ERL mencatatkan markah tertinggi tahun ini di segi bilangan penumpang, ketepatan dan kebolehpercayaan. Perkhidmatan ERL Transit telah mencatatkan peningkatan 34.23 peratus di segi jumlah penumpang dibandingkan pada tahun lalu. Manakala ERL Express mencatatkan peningkatan 35.17 peratus. Di segi ketepatan masa ERL Transit mencatat 99.88 peratus dan ERL Express 99.89 peratus. Di segi kebolehpercayaan ERL Transit mencatatkan 97.86 peratus dan ERL Express 98.86 peratus. Sementara itu kategori bas ekspres dimenangi o...

SPAD komited atasi masalah parkir lori, bas - Nancy

  Setiap permohonan bagi mendapatkan permit kenderaan barangan perlu disertakan cadangan kawasan parkir untuk mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).   Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata syarat itu bagi mengelak kenderaan barangan iaitu lori dan bas diletak di tempat yang tidak sepatutnya, khususnya kawasan perumahan.   Beliau berkata di pihak SPAD, suruhanjaya itu sentiasa berbincang dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mewujudkan kawasan parkir atau terminal sementara bagi kenderaan terbabit. "Kawasan parkir ini tertakluk kepada tanggungjawab PBT. Sebab itu SPAD bincang dengan mereka untuk minta kawasan yang sesuai. Kita sedar agak sukar bila melibatkan kawasan perumahan sebab ada penduduk yang tidak akan setuju.   "Di sinilah penguatkuasaan perlu dilaksanakan dengan efektif," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat pada Isnin....

SPAD akan perkenal sistem kad prabayar untuk pengguna bas di lima negeri

     Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melaksanakan sistem kad prabayar untuk perkhidmatan bas awam pada Mac tahun depan, kata Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar. Beliau berkata sebagai permulaan sistem itu akan dilaksanakan di lima ibu negeri iaitu Kuching, Sarawak; Kangar, Perlis; Seremban, Negeri Sembilan; Kuala Terengganu, Terengganu serta Ipoh, Perak. "Ini merupakan antara langkah kerajaan mempertingkatkan sistem pengangkutan awam negara," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Terminal Bas Amanjaya di Ipoh, Jumaat. Bernama melaporkan Syed Hamid berkata tender hanya akan diberikan kepada perkhidmatan syarikat bas yang memiliki bas paling banyak di kawasan terlibat. "Tujuan kita gunakan sistem itu adalah untuk menjadikan perjalanan menggunakan pengangkutan awam lebih mudah kerana penumpang tidak perlu menukar wang kecil untuk membayar tambang bas," katanya. Syed Hamid berkata teknologi baharu diperlukan dalam...

SPAD kemuka cadangan naik tambang pengangkutan awam

Image
Gambar Arkib Selepas desakan berbagai persatuan yang jaga kepentingan pengangkutan awam, pada Ahad Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar mengesahkan pihaknya sudah kemuka cadangan kenaikan tambang kepada kerajaan. Menurutnya cadangan tersebut dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula kadar tambang untuk pengangkutan awam darat. Jelas Syed Hamid kenaikan tambang adalah wajar. "Kita faham masalah yang dihadapi syarikat pengangkutan awam dan bersetuju terdapat keperluan untuk menaikkan kadar tambang termasuk untuk teksi. "Kajian semula mengenai kadar tambang baharu itu berada di peringkat akhir. Saya harap syarikat pengangkutan awam termasuk teksi boleh bersabar," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Pemandu Lori Berat Johor di Galeri Pameran Truck Nation Malaysia Sdn Bhd, di Johor Bahru Ahad. Sebelum ini lebih 200 pemandu teksi ulang alik JB-Singa...

Malaysia bakal memuktamadkan projek 'bullet train' ke Singapura tahun depan

Malaysia akan mula memuktamadkan butiran projek Keretapi Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dengan Singapura suku pertama tahun depan. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata demikian kepada wartawan Malaysia dan Singapura pada Persidangan Kereta Api Berkelajuan Tinggi 2014 di Tokyo pada Rabu. Persidangan itu diadakan untuk memperingati ulang tahun ke-50 Tokaido Shinkansen atau 'bullet train'. "Berhubung dengan kajian kemungkinan, kami telah mengemukakannya kepada kerajaan dan mereka telah menerimanya. Ia akan dikemukakan kepada Perdana Menteri (Malaysia dan Singapura). "Dua jawatankuasa telahpun ditubuhkan - jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa bersama peringkat menteri," kata beliau. Singapura masih dalam proses menjalankan kajian kemungkinan dan dijangka menyiapkannya pada awal tahun depan. Syed Hamid berkata, kerajaan pada masa ini sedang membuat penilaian mengenai sistem Kereta Api Berkelajuan Ti...

Persatuan minta naik tambang bas sekolah 30 peratus...

Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) akan mengenakan kadar baru tambang bas sekolah pada sesi persekolahan tahun depan dengan kenaikan sebanyak 30 peratus. Presiden GPBSM Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, kenaikan itu sudah dipersetujui semua 18,000 pengusaha bas sekolah yang bernaung di bawah gabungan itu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Katanya, cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah itu terpaksa dilakukan mulai sesi persekolahan tahun depan selepas ia ditangguhkan tahun ini. “Pada dasarnya kita bercadang untuk menaikkan kadar tambang bas sekolah 30 peratus selepas Tahun Baru Cina lalu, tetapi tidak mendapat persetujuan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). “Bagaimanapun, agensi itu sudah memberi kebenaran kepada gabungan menetapkan kadar baru bagi sesi persekolahan tahun depan, namun perlu berunding dengan ibu bapa bagi mendapatkan persetujuan bersama. “Kami akan memaklumkan ibu bapa mengenai kadar baru itu dan berharap selepas ini...