Pemandu mungkin lupa, tapi SPAD tak pernah lupa.
Pemandu mungkin lupa, tapi SPAD tak pernah lupa. Pelanduk lupakan jerat, tetapi jerat tak lupakan pelanduk. Begitulah halnya dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pemandu teksi mungkin ada kalanya terlupa SPAD sentiasa buat operasi, lantas sesuka hati melanggar peraturan. Tetapi SPAD tak pernah lupa pada pemandu teksi. Itulah mesej yang mahu diberikan kepada pemandu-pemandu teksi yang tak serik-serik melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat dan secara langsung menjejaskan imej negara, apatah lagi menjelang Tahun Melawat Malaysia. Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasaan SPAD , Datuk Paduka Mejar (B) Che Hasni Che Ahmad berkata, pihaknya tidak mengadakan operasi secara bermusim, malah sentiasa melakukannya untuk memantau pemandu teksi, terutama yang tidak menggunakan meter. “Kami melakukan operasi dari semasa ke semasa untuk mentertibkan pemandu-pemandu yang tidak bertanggungjawab. Malah, setiap kali ada perayaan, kami bek...