MAJLIS PENYERAHAN CEK- SKIM INSURANS MURID SEKOLAH SPAD
SPAD: KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PENYERAHAN CEK SKIM INSURANS MURID SEKOLAH SPAD KEPADA KELUARGA MANGSA KEMALANGAN DI SANDAKAN SANDAKAN, 4 Sep 2013 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menyerahkan pampasan insurans yang ke-4 tahun ini yang bernilai RM102,500 kepada keluarga mendiang Eddy Wallfired Eleazer Benjasor. Mendiang telah meninggal dunia dalam kemalangan bas sekolah yang bertembung dengan lori tangki simen pada 23 Ogos 2013 di KM49 Jalan Sandakan-Lahad Datu. Penyerahan cek kepada keluarga mendiang telah disempurnakan oleh SPAD di Sekolah Menengah Kebangsaan Segaliud. Melalui Skim Insurans Murid Sekolah SPAD, cek kepada keluaraga mendiang ini meliputi RM100,000 bagi pampasan kematian dan RM2,500 bagi pampasan pengebumian. Cek tersebut diserahkan kepada bapa mendiang iaitu Hendry Sutara bersama isterinya Lamanah Kandisu. Skim Insurans Murid Sekolah SPAD ini melindungi murid-murid sekolah yang menaiki bas sekolah yang berlesen dengan SPAD dan...