Hak Pengguinan Tetap Menjadi Keutamaan SPAD

KUALA LUMPUR, 27 MAC, 2018 – Pendirian Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terhadap pengawalseliaan sektor e-hailing tidak berubah dengan penggabungan Grab dan Uber di Asia Tenggara. Pihak Suruhanjaya akan terus memantau dan menyelia sektor e-hailing berdasarkan rangka perundangan dan polisi yang sedia ada agar industri ini mampu berkembang sejajar dengan medan persaingan yang sihat, tahap keselamatan operasi yang baik, serta memastikan kebajikan penumpang dan pemandu sentiasa terpelihara. Bagi memastikan hak pengguna terjamin di bawah gabungan Grab-Uber, pihak SPAD akan bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan seperti Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Malaysia Competition Commission) dan badan bukan kerajaan (NGO) yang relevan agar pengguna dilindungi daripada amalan yang tidak adil. Pada masa yang sama, SPAD akan memastikan bahawa industri teksi dan e-hailing akan beroperasi dan bersaing secara adil di bawah inisiatif Program Transformasi Industri Teksi (...