SPAD teruju dengan perhatian kerajaan dalam Bajet 2018

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melahirkan teruja dengan perhatian kerajaan yang ingin menubuhkan Pusat Kecemerlangan Kebangsaan untuk menyokong pembangunan tenaga kerja mahir dalam industri keretapi. Pusat yang akan diseliakan SPAD itu akan memainkan peranan mengenalpasti, melatih dan mengiktiraf kakitangan untuk pekerjaan mahir dalam sektor keretapi. "Malaysia Rail Link Sdn Bhd (yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan) akan bekerjasama dengan universiti awam untuk melatih 3000 orang daripada golongan profesional untuk Projek Keretapi Pantai Timur," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Tambahnya lagi, MRT yang dikenali sebagai Circle Line, yang bakal siap pada 2025 iaitu dua tahun lebih awal dari yang dianggarkan, akan menjadi perkara penting kepada usaha SPAD untuk mencapai bahagian modal yang disasarkan sebanyak 40 peratus di kawasan bandar menjelang 2030. Selain itu, peruntukkan sebanyak RM45 juta untuk memperkenalkan inisiati...