Semua pengangkutan awam guna Touch 'n Go menjelang 2019

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, semua sistem pengangkutan awan di negara ini akan menggunakan sistem tiket bersepadu menerusi platform Touch 'n Go menjelang tahun 2019. Beliau yang merupakan menteri yangbertanggungjawab terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata, setakat ini sistem tersebut telah dilaksanakan oleh Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT). "Tidak semua pembekal pengangkutan awam bersedia dengan sistem tersebut. Jadi kita menjangkakan semua bersedia menjelang 2019. "Penumpang akan menggunakan kaedah pembayaran tiket tunggal yang boleh digunakan untuk semua pengangkutan awam termasuk bas," katanya kepada media selepas menghadiri Perhimpunan Persatuan Antarabangsa Pengangkutan Awam Asia Pasifik (UITP) pada Isnin. Ia mengambil masa untuk menyelaraskan penggunaan sistem tersebut kerana ia difahamkan kos untuk memasang keperluan sistem tersebut agak tinggi dengan keperluan tekn...