SPAD MENGGALAKKAN ORANG AWAM MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM DARAT SEMPENA SUKAN SEA 2017 DAN SUKAN PARA ASEAN Kuala Lumpur, 7 Ogos 2017 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengesyorkan agar orang ramai menggunakan pengangkutan awam darat untuk ke acara-acara Sukan SEA ke-29 daripada 14 sehingga 30 Ogos dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang akan diadakan daripada 17 sehingga 23 September 2017. Para penonton diingatkan bahawa penutupan jalan secara separa atau sepenuhnya akan dilaksanakan ketika majlis perasmian dan penutup bagi Sukan SEA sedang berlangsung. Sempena acara berskala besar ini, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada atlet, sukarelawan dan pegawai daripada 11 negara Asia Tenggara di KL Sports City (Stadium Nasional Bukit Jalil). Justeru itu, SPAD sedang bekerjasama dengan pengendali seperti Prasarana dan KTMB untuk memanjangkan waktu operasi perkhidmatan tren bagi memastikan penonton yang menghadiri majlis pembukaan dan penutupan, akan disajikan akses ya...