Pindaaan kepada Akta Pengankutan Awam Darat APAD (2010) demi kebaikan untuk semua pihak

Kenyataan Media dari SPAD PINDAAN KEPADA AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT APAD (2010) YANG DILULUSKAN PARLIMEN AKAN MEMBUKA JALAN BAGI PENAMBAHBAIKAN KEPADA INDUSTRI TEKSI Kuala Lumpur, 28 Julai 2017: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyambut baik pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat APAD (2010) oleh Parlimen semalam. Pembentangan pindaan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri yang telah diluluskan di Dewan Rakyat merangkumi peruntukan untuk memberi kuasa kepada SPAD bagi mengawal selia perkhidmatan yang menggunakan aplikasi e- hailing. Pindaan tersebut juga akan mempertingkatkan tahap industri teksi melalui pengenalan rangka kerja pengawalseliaan yang dilaksanakan sejajar dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif di...