Lesen individu... hadiah raya 300 pemandu teksi daripada SPAD

Seramai 300 pemandu teksi dan kereta sewa akan memyambut kedatangan Hari Raya dengan berlapang dada apabila mereka menerima lesen individu dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada satu majlis ringkas di ibupejabat suruhanya itu, Rabu. Pemandu-pemandu berkenaan adalah kumpulan kedua yang menerima lesen individu di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) setelah masing-masing telah tamat tempoh perjanjian sewa pajak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri yang menyempurnakan majlis itu, berkata pemberian lesen teksi individu itu adalah satu inisiatif progresif oleh Kerajaan dan SPAD untuk membuka jalan bagi menyelesaikan isu serta rungutan pemandu teksi di bawah sistem pajak yang telah lama membebankan mereka. Katanya pemberian lesen individu itu diadakan menerusi inisiatif TITP bagi menambah baik kebajikan pemandu teksi, sekali gus mewujudkan daya saing yang lebih sihat di pasaran masa kini. Menurutnya lagi, kumpulan...