SPAD Gesa Pengendali E-Hailing Amal Standard Keselamatan

SPAD MENGGESA PENGENDALI E-HAILING UNTUK MENGAMALKAN STANDARD KESELAMATAN YANG TERBAIK 26 Mei 2017 - SPAD ingin menzahirkan simpati kepada penumpang wanita yang baru-baru ini mengalami pengalaman yang menakutkan dan menggerunkan di dalam satu kejadian rompakan yang melibatkan pemandu Uber bersama seorang lagi individu yang telah bersubahat. Walaupun kejadian ini diklasifikasikan sebagai satu perbuatan jenayah di bawah bidang kuasa PDRM, SPAD amat memandang serius insiden tersebut. Dengan itu, Suruhanjaya menyarankan agar Uber mengkaji semula proses saringan pemandu mereka pada kadar yang segera. SPAD sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang pengangkutan awam darat. Apabila peraturan e-hailing diluluskan oleh Parlimen (dijangka pada Julai 2017), pengendali perkhidmatan e-hailing akan bertanggungjawab untuk mengamalkan standard keselamatan dan mutu perkhidmatan yang tertinggi. Di bawah pindaan yang dicadangkan bagi Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, kesemua peman...