SPAD tingkatkan peguatkuasaan sempena Tahun Baru Cina

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang dijang pada 28 Januari ini. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, aktiviti penguatkuasaan akan melibatkan kawasan di terminal bas, lapangan terbang, pusat bandar dan lebuhraya. "Ini bagi memastikan pengguna pengangkutan awam darat menikmati perjalanan yang selesa dan selamat tiba ke destinasi mereka. "Anggota SPAD turut melakukan operasi penyamaran bagi memantau pemahutan keselamatan dan tingkah laku pemandu bas ekspress," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. Tambahnya, SPAD akan bekerjasama dengan agensi pengautkuasaan yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam Operasi Bersepadu Khas Tahun Baru Cina. "Operasi yang bermula pada 21 Janu...