Penempatan Semula Had Medan Pasar

PENEMPATAN SEMULA HAB MEDAN PASAR Hentian Akhir Bandar (HAB) dialihkan bagi melancarkan aliran trafik di pusat bandar 22 Disember, 2017, Kuala Lumpur – Berkuat kuasa pada hari Sabtu 23 Disember, 2017, Hentian Akhir Bandar (HAB) Medan Pasar akan dikategorikan semula sebagai sebuah hentian bas. Dengan perubahan ini, bas tidak dibenarkan lagi untuk menunggu atau diparkir di lokasi tersebut. Bas hanya dibenarkan untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Perubahan ini adalah bagi melancarkan aliran trafik di kawasan Medan Pasar (berdekatan HSBC), yang mengalami masalah kesesakan lalu lintas ketika waktu puncak. Bas yang berhenti di kawasan itu juga didapati telah menyumbang kepada kesesakan tersebut. HAB Lebuh Pudu juga menyediakan kemudahan dan tempat berteduh yang lebih baik bagi keselesaan pengguna. Peralihan ini akan melibatkan 50 bas yang dikendalikan oleh syarikat Selangor Omnibus Co Bhd dan Setara Jaya Sdn Bhd. Perkhidmatan yang terbabit bagi Se...