PM lancar penyambungan LRT jajaran Kelana Jaya dan Ampang Jaya...

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nakib Tun Razak berkata, projek penyambungan dua jajaran LRT Kelana Jaya dan Ampang bernilai RM8 billion membuktikan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini telah menepati janjinya kepada rakyat Malaysia. "Bila saya ambilalih tampuk kepimpinan negara pada 2009 kita telah mengadakan siri percambahan fikiran yang telah dikelolakan oleh PEMANDU pada ketika itu. "Kita lihat bahawa salah satu daripada cabaran dan kelompongan yang berlaku dalam negara kita ialah masalah pengangkutan. "Ini adalah kerana pemimpin sebelum saya yang memerintah selama 22 tahun tidak begitu memberi perhatian kepada pengangkutan awam," katanya. Najib berkata, berikutan sikap pemimpin terdahulu itu, maka ia mengakibatkan kelompongan dan kurang pelaburan. Di samping itu katanya, berlaku sistem yang tidak bersepadu dan dimiliki oleh pelbagai pihak. "Ini yang menjadikan sistem pengangkutan awam bagi Lembah Kelang tidak boleh mena...