Maklum balas SPAD berkaitan video viral yang memaparkan salah laku pemandu bas ekspres

31 Januari, 2016 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD atau ‘Suruhanjaya’) ingin merujuk kepada video yang telah dikongsikan di media sosial baru-baru ini berkaitan salah laku pemandu bas ekspres yang telah mengasari penumpang pada Januari 25, 2016 ketika di dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ingin merakamkan rasa kesal atas pengalaman buruk yang telah dialami oleh penumpang tersebut. SPAD memandang serius perkara ini dan telah berhubung dengan penumpang terlibat bagi merekodkan kenyataan beliau. SPAD juga telah menggesa beliau untuk membuat laporan Polis dan susulan itu, laporan telah dibuat pada 28 Januari, 2016 di Balai Polis Melaka Tengah. SPAD akan terus menyokong dan berkongsi maklumat berkaitan pemandu dan pengendali terlibat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ini adalah untuk memastikan tindakan tegas dan pantas dapat diambil terhadap pemandu yang tidak bertanggungjawab tersebut. SPAD ...