SPAD perkenal CTSS pantau pengagihan dan prestasi teksi

*Gambar arkib Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mendapati hanya 27% daripada jumlah teksi yang sedia ada, mempunyai sambungan melalui aplikasi tempahan teksi. Bagi mengisi kekurangan itu, SPAD akan melaksanakan Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat (CTSS) yang berfungsi sebagai pusat bagi memantau pengagihan dan prestasi teksi. Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar menerusi kenyataannya kepada media, berkata CTSS akan diintegrasikan dengan sistem tempahan bagi meningkatkan mutu perjalanan yang dialami penumpang. "Dengan adanya pemadanan pelanggan dan pendapatan yang lebih baik ini, kami percaya pemandu teksi dapat memberikan perkhidmatan yang lebih menguntungkan pengguna," katanya Menurut Syed Hamid, SPAD telah melalukan pelbagai usaha bagi mengubah industri teksi Malaysia yang dikelolakan oleh kementerian-kementerian berlainan. Pada masa yang sama, katanya terdapat banyak negara yang mengamalkan kedua-dua sistem teksi di bawah pemilikan individu dan syarikat. ...