SPAD LANCARKAN myBAS DI KANGAR, PERLIS

Kangar, 25 Ogos 2015 – Suruhanjaya Pegangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari ini telah mengumumkan pelancaran rasmi perkhidmatan bas henti-henti berjenama myBAS buat julung kalinya dibawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST). myBAS menyediakan perkhidmatan bas henti-henti yang lebih cekap dan boleh dipercayai orang ramai. Perkhidmatan myBAS yang telah mula beroperasi di Kangar pada 1 Ogos 2015 telah menerima sambutan yang positif di mana terdapat peningkatan jumlah bilangan penumpang harian dari 271 ke 447 penumpang. Perkhidmatan myBAS ini menawarkan liputan yang lebih luas di Kangar dengan jumlah jarak laluan sebanyak 337 km, yang merupakan peningkatan daripada 124 km sebelum ini. Ianya menyediakan akses yang lebih baik kepada masyarakat bandar dan luar bandar dengan pelaksanaan di 5 laluan utama dan 10 laluan perantara. Bagi sesetengah laluan, kekerapannya ditingkatkan ke dua kali ganda, manakala waktu operasi laluan utama telah dilanjutkan sehing...