Sepanjang Januari-Februari 526 teksi dikesan tak guna meter dan 102 disita

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menahan 526 Teksi Tak Guna Meteri (TGM) sejak awal Januari tahun ini. Daripada jumlah itu 102 teksi telah disita dengan berpandukan kepada peruntukan di bawah Seksyen 81 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad berkata, daripada 102 teksi itu, 15 buah telah disita dalam operasi TGM yang dijalankan pada Rabu. Katanya, kes teksi TGM disiasat di bawah seksyen 22 APAD 2010 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM500 ribu atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. Menurut Hasni, hukuman berat dikenakan untuk memastikan pemandu teksi lebih bertanggungjawab dan tidak menipu penumpang terutama pelancong dan rakyat tempatan. “Tindakan sita lebih berkesan kerana jika dikeluarkan notis sahaja, mereka ambil mudah,” katanya kepada media selepas tamat operasi berkenaan. Operasi TGM yang bermula sejak awal tahun i...