ETS ke Padang Besar siap tahun hadapan

Kerja-kerja menyiapkan trek berganda untuk Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) dari Ipoh hingga Padang Besar telah hampir siap dan dijangka akan beroperasi tahun hadapan. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, berkata, setelah projek ETS ke Padang Besar itu siap, tumpuan akan beralih pula ke laluan Gemas-Johor Bahru. Katanya SPAD juga sedang meninjau peluang meningkatkan kemudahan sedia ada dan memperluaskan perkhidmatan rel antara Pantai Timur dan Barat. "Jika kita lihat di bahagian Pantai Timur, trek Wakaf Baru-Gemas-Kuala Lumpur sudah terlalu lama dan antara Timur ke Barat masih belum ada landasan-landasan baharu. "Ini adalah peluang-peluang baru yang boleh kita jadikan salah satu daripada penghubung di antara negeri dan bandar di dalam Malaysia samada di semenanjung atau di Sabah dan Sarawak," katanya. Syed Hamid berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama di Simposium Pengangkutan Awa...