Teksi berusia 10 tahun kena tukar kepada TEKS1M mulai 1 Mei

Teksi berusia 10 tahun kena tukar kepada TEKS1M mulai 1 Mei Semua 2,604 teksi bajet dan eksekutif di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang yang mencapai had usia 10 tahun pada tahun ini, diwajibkan menukar kenderaan mereka kepada Teksi Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar pada sidang akbar, Khamis, berkata, pada ketika ini terdapat 39,531 teksi bajet dan 3,111 teksi eksekutif yang beroperasi di ketiga-tiga ibu negeri itu. Katanya dalam masa lima tahun akan datang, hampir 50 peratus daripada keseluruhan teksi bajet dan eksekutif itu akan mencapai had umur 10 tahun dan perlu ditukar. "Peralihan teksi bandar sedia ada kepada TEKS1M mulai 1 Mei bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik, serta setaraf dengan teksi yang terdapat di London, New York, Tokyo dan Dubai. “Melalui TEKS1M yang menggunakan Proton Exora, kita dapat melaksanakan operasi teksi bandar dengan lebih seragam dan efisien,” katanya. ...