SPAD iktiraf pemandu teksi amanah

Kebelakangan ini kita sering membaca mengenai gelagat pemandu teksi yang suka melanggar peraturan, biadap dan sebagainya. Tetapi pada Khamis, dua orang pemandu teksi telah menunjukkan sifat terpuji yang patut dijadikan contoh oleh rakan-rakan sejawat mereka. Sifat terpuji See Meng Ko, 60 dan Mohamad Muhaimin, 40 telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang seterusnya memberi pengiktirafan kepada mereka dalam satu majlis ringkas. See dan Mohamad telah menerima sijil penghargaan daripada Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar. Meng Ko telah menjumpai kamera benilai RM 20,000 milik Erme Halini, seorang jurutera IT semasa beliau bersama suami menaiki teksi See di KL Sentral pada bulan Januari 2014. Selepas menyedari kameranya tertinggal di dalam teksi, Erme cuba mencari See. Pada masa yang sama See juga cuba mencari pemilik kamera berkenaan dan akhirnya mereka bertemu semula di KL Sentral. "Bila dapat kamera, dia mahu beri wang tetapi saya tolak....