SPAD akan berusaha sambung semula perkhidmatan pengangkutan awam di laluan Pantai Timur

SPAD AKAN BERUSAHA SAMBUNG SEMULA PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DI LALUAN PANTAI TIMUR YANG TERGENDALA EKORAN BANJIR KUALA LUMPUR, 29 Disember 2014 - Berikutan dengan bencana banjir yang telah melanda negara ini terutamanya di kawasan Pantai Timur, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut bersimpati dengan mangsa dan keluarga yang terlibat. Pada masa yang sama, SPAD akan terus berusaha untuk menyambungkan semula perkhidmatan pengangkutan awam yang terjejas bagi laluan Pantai Timur dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkenaan. Sehingga kini, bencana banjir ini telah menyebabkan infrastruktur landasan keretapi mengalami kerosakan yang amat teruk. Buat masa ini masih terlalu awal untuk menyatakan bila perkhidmatan tren KTMB di sektor Pantai Timur akan pulih seperti biasa disebabkan kerosakan infrastruktur yang terlibat masih belum dapat diakses sepenuhnya. SPAD dan pihak KTMB sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengenal pasti kerosakan yang ...