Stesen Operasi Rembau mula operasi Jumaat ini

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memberi lampu hijau untuk stesen komuter Rembau memulakan operasinya hari ini (Jumaat) di mana tiga perkhidmatan dari Rawang-Rembau-Rawang disediakan pada sebelah pagi dan tiga pada waktu petang. Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata kelulusan itu diberikan kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) setelah pihaknya berpuashati dengan kerja-kerja pembinaan rel dan stesen berkenaan. Syed Hamid berkata dia yakin pembukaan stesen komuter Rembau dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi di kawasan berkenaan dan yang berdekatan dengannya. Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di stesen komuter Pulau Sebang (Tampin) setelah meninjau Stesen Rembau sebelum itu pada Khamis. Turut menyertai Syed Hamid ialah pegawai-pegawai kanan pengurusan SPAD, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan media massa yang menaiki komuter dari KL Sentral. Turut hadir semasa sesi lawatan itu ialah Presiden KTM Be...