Uber, Grabcar kini halal di Malaysia



Malaysia mencatat sejarah menjadi negara pertama di dunia menghalalkan perkhidmatan e-hailing.
Ini berikutan Dewan Rakyat pada hari ini meluluskan rang undang-undang (RUU) bagi membenarkan operasi mengambil penumpang menggunakan Uber dan Grabcar secara sah.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, pindaan membabitkan RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 yang dibentangkan secara berasingan menerima undian majoriti kalangan Ahli Parlimen yang hadir.
Nancy berkata, kedua-dua undang-undang itu juga membolehkan perkhidmatan e-hailing dilakukan secara sah di Semenanjung serta turut merangkumi Sabah dan Sarawak walaupun kedua negeri itu tidak tertakluk di bawah kawalan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).
“Dengan kelulusan dua rang undang-undang itu, Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang mengawal selia perkhidmatan e-hailing secara sah.
“Ini adalah kali pertama penyedia perkhidmatan e-hailing `dihalalkan’ untuk menjalankan operasi mereka. Ketika ini semua negara termasuk Australia menunggu pelaksanaan di Malaysia,” katanya lagi.-27/7/2017 - BNBBC

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap