Pindaaan kepada Akta Pengankutan Awam Darat APAD (2010) demi kebaikan untuk semua pihak



Kenyataan Media dari SPAD


PINDAAN KEPADA AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT APAD (2010)
YANG DILULUSKAN PARLIMEN AKAN MEMBUKA JALAN BAGI
PENAMBAHBAIKAN KEPADA INDUSTRI TEKSI

Kuala Lumpur, 28 Julai 2017: Suruhanjaya Pengangkutan Awam  Darat (SPAD) menyambut
baik pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat APAD (2010) oleh Parlimen semalam.
Pembentangan pindaan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB  Dato' Sri Hajah Nancy
Shukri  yang  telah diluluskan  di  Dewan  Rakyat  merangkumi peruntukan  untuk  memberi
kuasa  kepada  SPAD  bagi  mengawal  selia  perkhidmatan  yang  menggunakan  aplikasi  e-
hailing.

  Pindaan   tersebut  juga  akan   mempertingkatkan  tahap   industri  teksi  melalui
pengenalan rangka  kerja pengawalseliaan  yang dilaksanakan  sejajar dengan  pelaksanaan
inisiatif-inisiatif di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP).

Pindaan kepada APAD ini adalah untuk memastikan pengendali dan pemandu perkhidmatan
e-hailing mengguna pakai standard  keselamatan dan perkhidmatan yang tertinggi,  melalui
pemeriksaan  latar  belakang  mandatori  oleh   SPAD,  Polis  Diraja  Malaysia  dan  Jabatan
Pengangkutan Jalan.

 Ia  juga akan memberikan  Suruhanjaya kuasa untuk memperkenalkan
dan menguatkuasakan  peraturan-peraturan seperti  mewajibkan pengendali perkhidmatan
e-hailing  untuk  menyerahkan  kepada   SPAD  maklumat  berkaitan  data   perjalanan  dan
kenderaan-kenderaan mereka yang akan  digunakan bagi perancangan pengangkutan awam
darat.

Sementara itu,  tambang  e-hailing tidak  akan  dikawal selia  di bawah  pindaan APAD  dan
akan ditentukan oleh  kuasa pasaran. Manakala, pindaan ini  juga akan memberikan pilihan
kepada   pemandu  teksi   bermeter   untuk   meningkatkan  pendapatan   mereka   melalui
penggunaan  harga tambang  dinamik  apabila mereka  menggunakan  aplikasi e-hailing,  di
samping mengambil  penumpang di bahu  jalan dengan  menggunakan kadar  tambang teksi
bermeter.

Kelulusan pindaan  ini membuktikan kepimpinan  Kerajaan yang memahami  bahawa sistem
pengawalseliaan  perlu  berubah mengikut  aliran  masa  unutk menggalakkan  inovasi  bagi
meningkatkan  pertumbuhan  industri.  Perubahan-perubahan  ini  adalah  wajar  dan  akan
berupaya  memberikan  lebih  banyak  pilihan  kepada  pengguna,   pada  masa  yang  sama
perkembangan ini dapat  menyediakan satu medan persaingan yang  adil bagi industri teksi
melalui  penggunaan   teknologi  serta   pendekatan  yang   lebih  responsif   kepada  kuasa
pasaran.

SPAD akan menggariskan butiran yang lebih lanjut mengenai pindaan APAD ini, serta impak
perundangan  terhadap  industri  teksi   dan  perkhidmatan  e-hailing  dalam   jangka  masa
terdekat.

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap