SPAD gantung permit syarikat treler

13 JUN: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung lesen pengendali syarikat Golden Horse Plantations Sdn Bhd susulan kemalangan maut di KM25 Jalan Bahau-Keratong, Jempol pada Ahad lalu.
SPAD dalam satu kenyataan hari ini berkata semua treler di bawah syarikat itu  tidak dibenarkan beroperasi  serta merta bagi membolehkan siasatan audit pematuhan dijalankan berdasarkan Kod Amalan Keselamatan Industri.
“Suruhanjaya akan membantu siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes berkenaan apabila diperlukan.
“Pada masa yang sama, kami tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perlanggaran amalan keselamatan dan ingin memberikan peringatan keras kepada pengendali supaya mematuhi keperluan keselamatan,” tegas kenyataan itu.
Sementara itu, dalam kejadian itu, lapan maut termasuk enam rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah treler, sebuah Perodua Myvi, sebuah  kenderaan pelbagai guna Proton Exora dan sebuah Toyota Vios.
Bagaimanapun, pemandu treler dan pemandu Vios tidak mengalami kecederaan manakala seorang lagi penumpang yang berada di dalam Myvi hanya mengalami kecederaan. - BNBBC

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap