Kerajaan umum Pengerusi SPAD baru dalam masa terdekat

8 JUN: Kerajaan akan mengumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang baru dalam masa terdekat bagi menggantikan pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar yang bersara pada 3 Jun lepas.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, bagi memastikan operasi SPAD berjalan seperti biasa, seorang daripada Anggota Suruhanjaya sedia ada akan dilantik menjalankan sementara tugas Pengerusi SPAD sesuai dengan peruntukan Seksyen 12 (a), Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010.
“Kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Syed Hamid Albar yang telah menyandang jawatan sebagai Pengerusi SPAD selama tiga penggal bermula dari awal penubuhan SPAD pada tahun 2010 hingga 2017.
“Banyak kejayaan telah dicapai oleh SPAD di bawah kepimpinan beliau,” kata kenyataan yang dikeluarkan.
 -BNBBC

Comments

Popular posts from this blog

Ramai graduan sertai penguatkuasaan SPAD

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020