Skip to main content

300 pemandu teksi terima lesen individu

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini menyerahkan 300 lesen individu kepada pemandu teksi yang telah tamat tempoh perjanjian sewa-pajak kenderaan mereka. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bilangan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan lesen yang dikeluarkan SPAD tahun ini adalah 1,208.
“Manakala seramai 125 individu yang layak menerima geran tunai kerajaan sebanyak RM5,000 menjadikan jumlah keseluruhan pemandu yang menerima geran pada tahun ini lebih 500 orang.

“Kami percaya dengan pemberian lesen teksi individu baharu kepada pemandu yang mempunyai rekod bersih ini bakal menyediakan pilihan munasabah bagi mereka untuk keluar daripada belenggu sistem pajak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan lesen teksi individu kepada 300 pemandu teksi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, penerima lesen di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) itu telah melalui proses saringan ketat dan dibantu oleh beberapa jabatan dan agensi kerajaan serta badan-badan lain.

“Pelaksanaan inisiatif ini tidak terhenti di sini. Kami sedang giat memproses beribu-beribu lagi permohonan daripada pemandu teksi dan mereka juga akan diberi lesen individu secara berperingkat,” ujarnya.

Mengulas mengenai pemberian geran, beliau berkata, pemandu teksi boleh membuat pembelian kereta baharu untuk dijadikan teksi dari mana-mana pengeluar kenderaan.

“Pilihan kereta juga telah dibuka dan mereka boleh mendapatkan kenderaan yang selamat dan selesa untuk kegunaan penumpang.

“Melalui pemberian geran ini, diharap pemandu tidak melepaskan peluang menggunakan e-hailing iaitu mengambil penumpang melalui tempahan atas talian atau aplikasi,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap