SPAD teruju dengan perhatian kerajaan dalam Bajet 2018

 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melahirkan teruja dengan perhatian kerajaan yang ingin menubuhkan Pusat Kecemerlangan Kebangsaan untuk menyokong pembangunan tenaga kerja mahir dalam industri keretapi.
 Pusat yang akan diseliakan SPAD itu akan memainkan peranan mengenalpasti, melatih dan mengiktiraf kakitangan untuk pekerjaan mahir dalam sektor keretapi.
 "Malaysia Rail Link Sdn Bhd (yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan) akan bekerjasama dengan universiti awam untuk melatih 3000 orang daripada golongan profesional untuk Projek Keretapi Pantai Timur," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
 Tambahnya lagi, MRT yang dikenali sebagai Circle Line, yang bakal siap pada 2025 iaitu dua tahun lebih awal dari yang dianggarkan, akan menjadi perkara penting kepada usaha SPAD untuk mencapai bahagian modal yang disasarkan sebanyak 40 peratus di kawasan bandar menjelang 2030.
 Selain itu, peruntukkan sebanyak RM45 juta untuk memperkenalkan inisiatif berasaskan teknologi bagi tujuan meminimumkan kemalangan akibat kesilapan manusia dan keletihan, terutamanya untuk pemandu bas ekspres, merupakan keputusan yang tepat.
 "Kami gembira dengan pengumuman di Bajet 2018 untuk memperluaskan geran kerajaan sebanyak RM5,000 kepada pemandu teksi yang layak untuk beralih ke e-hailing, sekaligus ia menunjukkan bahawa kerajaan hari ini merupakan kerajaan yang progresif dan penyayang.
 "Bajet 2018 membuktikan bahawa pengangkutan awam darat kekal sebagai agenda utama bagi pembangunan negara, dan SPAD akan terus memastikan bahawa pengangkutan awam berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi pilihan pengangkutan bagi rakyat," katanya.-28/10/2017

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap