Sultan Johor perkenan jambatan lurus JB-Singapura untuk projek RTS


Sultan Johor telah beri perkenan baginda bagi jajaran jambatan setinggi 25m yang akan merentasi Selat Johor secara lurus ke Woodlands,Singapura untuk projek Rapid Transit System (RTS) Link.
 
Baginda beri perkenaan itu dalam pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Bin Mat Sah bersama pegawai-pegawai kanan beliau di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru pada 15 November.
 
Sebelum ini Sultan Johor yang menyambut baik projek RTS Link bagaimanapun  tidak bersetuju dengan cadangan reka bentuk trek rel yang melengkung, selain jambatannya yang mungkin mencapai ketinggian 30 meter di bahagian tengahnya.
 
Satu kenyataan SPAD kata  dalam pertemuan dengan baginda SPAD telah mengemukakan tiga pilihan jajaran bagi projek RTS.
 
Jajaran ini mematuhi panduan teknikal Jabatan Laut Malaysia yang menetapkan had ketinggian jambatan bersama drauf udara minima 25m.
Menurut kenyataan SPAD Sultan Johor juga menekankan kepentingan memastikan penyuraian trafik di kawasan stesen RTS Bukit Chagar, dan perkara ini akan diambil tindakan oleh SPAD.
Pembinaan RTS dicadangkan pada Mei 2010 sebagai pilihan kepada 80,000 hingga 100,000 pengguna yang menggunakan Tambak Johor setiap hari. 
 
Apabila siap nanti, RTS mampu menampung pergerakan 10,000 pengguna setiap jam antara dua negara.
RTS Link juga akan bersambung dengan sistem aliran massa (MRT) Singapura laluan Thomson-Pantai Timur (TEL) yang akan dibina dengan 31 stesen akan dibuka dalam beberapa fasa antara 2019 hingga 2024.- 17/11/2017



Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

Lapan maut - SPAD gantung permit pengendali