Walau ramai suka guna UBER, Grabcar, ia masih haram sehingga diputuskan kabinet - SPAD




Kebelakangan ini segelintir pemandu teksi dok sibuk buat protes sana sini menentang keputusan kerajaan untuk menimbangkan kemungkinan membenarkan perkhidmatan UBER dan Grabcar.
 
Realitinya, ramai rakyat yang mahukan perkhidmatan itu dibenarkan. Malah kajian terkini yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) mendapati 75% pengguna negara ini memilih perkhidmatan UBER berbanding teksi.
 
Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata kaji selidik yang dijalankan secara dalam talian melibatkan 45,000 pengguna menunjukkan 75 peratus daripadanya memilih perkhidmatan UBER sebagai pengangkutan awam utama.
 
“Sebanyak 75% daripada responden dalam kaji selidik itu memilih Uber. Setakat ini itulah realiti sebenar,” katanya kepada wartawan selepas membuat lawatan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sambil mengedarkan juadah berbuka kepada penumpang bas, pada Jumaat.
 
Syed Hamid berkata, sehubungan itu SPAD akan membentangkan kertas kerja untuk membenarkan UBER dan Grabcar beroperasi seperti teksi kepada kabinet.
 
Katanya kertas kerja itu dijangka siap sepenuhnya sebelum hujung tahun ini. SPAD kini di peringkat mengemaskini kertas kerja berkenaan.
 
"Proses ini agak rumit kerana SPAD mahu memastikan ada keseimbangan antara teksi, UBER dan Grabcar supaya tiada perbezaan mengikut peraturan perkhidmatan pengangkutan.
 
"Prosesnya akan mengambil masa panjang kerana membabitkan beberapa kementerian serta agensi selain Peguam Negara sebelum dibentangkan ke Kabinet," katanya.
 
Namun Syed Hamid menegaskan, sehingga ia diluluskan, perkhidmatan UBER dan Grabcar masih salah di segi undang-undang kerana mereka beroperasi tanpa permit dan lesen perkhidmatan pengangkutan awam (PSV) yang jelas menyalahi undang-undang.
 
"UBER dan Grabcar ini satu fenomena baharu dan pemandu-pemandu teksi tahu bahawa perkhidmatan itu belum diluluskan. Kita masih lagi dalam proses menentukan supaya golongan prmandu teksi berada dalam kedudukan yang tidak seimbang.
 
"Belum diluluskan lagi tetapi mereka sudah iklan macam-macam dan ini membangkitkan kemarahan pemandu teksi. Tetapi ini tidak memberikan hak kepada pemandu teksi mengambil tindakan undang-undang di tangan sendiri.
 
"Namun adalah tidak adil juga kalau UBER dan Grabcar dikecualikan daripada mengambil lesen PSV dan permit. Jadi kita kena cari penyelesaian yang adil yang menggembirakan kedua-dua pihak.
 
"Jika UBER dan Grabcar mahu menjalankan perkhidmatan seperti teksi, mereka juga harus tertakluk kepada syarat dan peraturan yang sama. Kalau teksi kena jalani pemeriksaan PUSPAKOM, mereka juga kena jalani.
 
"Sekarang setiap pemandu teksi ada kad pengenalan diri pemandu. Mungkin mereka pun kena ada juga. Itu kita kena fikirkan," katanya.
 
Mengenai lawatannya ke TBS, Syed Hamid berkata dia amat berpuashati dengan perkhidmatan bas ekspress di TBS menjelang perayaan Hari Raya Puasa.
 
Katanya aktiviti ulat tiket semakim berkurangan berikutan kesedaran yang meningkat di kalangan pengguna serta dan kerha keras unit penguatkuasaan yang sering membuat operasi dan pemantauan.
 
Namun begitu katanya, sepanjang perayaan, 70 peratus daripada pegawai penguatkuasaan SPAD akan bertugas.-1/7/2016

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap