Malaysia-Singapura tandangani MoU projek HSR

Bayangkan - dalam masa 10 tahun lagi, tak mustahil kita bersarapan di Kuala Lumpur, makan tengahari di Singapura dan sempat kembali untuk makan malam di Kuala Lumpur!

Itulah yang dibayangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selepas menyaksikan majlis menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura di Putrajaya, Selasa. Turut bersama menjadi saksi ialah rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong.

Menandatangani bagi pihak kerajaan Malaysia ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rahman Dahlan dan Menteri Penyelaras Infrastruktur dan juga Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Hwan.

Dalam ucapannya, Najib berkata,  termeterainya MoU itu membuktikan kesungguhan kedua-dua negara untuk menjadikan projek berkenaan satu kenyataan dan pada masa yang sama memperatkan hubungan.

Najib berkata, MoU itu akan dijadikan garis panduan untuk Perjanjian Dua Hala yang sah antara kedua-dua negara yang dijangka berlangsung hujung tahun ini.

"MoU itu antaranya merangkumi persefahaman teknikal dan infrastruktur di negara masing-masing serta hal-ehwal pengurusan kastam, imigresen, kawalan keselamatan serta pengurusan projek ini yang dijangka beroperasi pada 2026," katanya.

Menurutnya sebuah Jawatankuasa Projek Usahasama juga akan ditubuhkan di mana ia akan diwakili oleh MyHSR Corporation bagi pihak Malaysia dan Pihak Berkuasa Tanah Singapura (LTA) dari Singapura. Katanya jawatankuasa itu akan bertanggungjawab membangun, membina dan menyelenggara infrastruktur sivil dan stesen di negara masing-masing.

"Saya yakin MoU ini akan menghasilkan kesan positif dan projek HSR ini mencerminkan masa depan kedua-dua negara.

Sementara itu Lee menganggap lawatannya ke Malaysia sebagai singkat tetapi penting dan menggembirakan.

Lee memberi jaminan Singapura akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk memastikan ia dilaksanakan dengan sempurna.

"Jika semuanya berjalan lancar, tren pertama akan beroperasi pada 2026. Hanya 10 tahun sedangkan 0Singapura mengambil masa 12 tahun untuk memulakan operasi MRT.

"HSR telah merapatkan hubungan kedua-dua negara dan ia akan mengubah cara hidup kita," katanya.
Kedua-dua negara telah bersetuju bahawa perkhidmatan HSR yang membabitkan laluan sejauh 350 kilometer bermula di Kuala Lumpur dan berakhir di Jurong East, Singapura akan mempunyai enam stesen transit iaitu Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri, Johor Bahru. - 19/7/2016.


Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap