Pengusaha bas yang melanggar peraturan keselamatan akan diambil tindakan - SPAD



11 JULAI 2016, KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan bertolak ansur untuk mengambil tindakan terhadap pengendali bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Km265.8 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora pada jam 2.45 petang semalam.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) telah memulakan siasatan kemalangan dan SPAD sedang memberi kerjasama yang diperlukan. Siasatan insiden ini akan merangkumi semua aspek keselamatan termasuk kejuruteraan jalan raya serta pengurusan keselamatan, dan pengurusan kenderaan dan pemandu.

"Keselamatan pengguna merupakan prioriti utama bagi SPAD dan Suruhanjaya akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pengusaha bas yang melanggar syarat-syarat keselamatan," kata Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah.

"Tindakan ini termasuk penggantungan dan pembatalan lesen pengendali," katanya.

-tamat-

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Radha Warrier
Pengurus, Komunikasi
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Tel: +603 2726 7000/Faks: +607 2726 7300

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap