Ulasan Bajet 2016 S.P.A.D.





Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

Bajet 2016 merupakan belanjawan yang menyeluruh yang akan memacu pertumbuhan negara menuju ke arah wawasan 2020. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) amat berbesar hati dengan komitmen berterusan Kerajaan bagi mentransformasikan sistem pengangkutan awam darat di Greater Kuala Lumpur/ Lembah Klang dan seluruh negara.

Dengan peruntukan yang signifikan bagi pembangunan sistem pengangkutan awam, terutamanya rel dan rangkaian bas, SPAD mampu meneruskan usaha di dalam membangunkan inisiatif-inisiatif utama sepertimana digariskan di dalam Rangka Kerja Nasional Pengangkutan Awam Darat (NLPTMP).

 Kami teruja, terutamanya di dalam peruntukan sebanyak RM67 juta bagi operasi bas di kawasan luar bandar dan RM1 billion bagi Bas Rapid Transit (BRT) di Kota Kinabalu, serta peruntukan RM1.5 billion bagi BRT laluan KL-Klang. Sementara itu, MRT 1 & 2, LRT3 dan juga Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura akan meningkatkan salinghubungan jaringan rel Malaysia.


Bajet 2016 jelas membuktikan bahawa pengangkutan awam tetap menjadi agenda utama bagi pembangunan negara untuk merungkai produktiviti sosio ekonomi masyarakat. -Tamat-

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap