Kaji Selidik Pasaran Bersama Antara SPAD dan LTA bagi Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Antara Kuala Lumpur Dan Singapura

     


     Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Malaysia (SPAD) dan Land Transport Authority, Singapura (LTA), hari ni telah melancarkan satu kaji selidik pasaran bersama (market sensing exercise) melalui kaedah Permintaan Maklumat (Request for Information - RFI) berkaitan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura.

2. Pada Februari 2013, kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan Singapura telah mengumumkan persetujuan untuk pembinaan HSR menghubungkan bandaraya Kuala Lumpur dan Singapura. Susulan daripada pengumuman ini, kedua-dua kerajaaan telah giat menjalankan perbincangan dua hala bagi membangunkan projek strategik merentasi sempadan ini. RFI ini merupakan penanda aras bagi fasa projek HSR yang seterusnya, yang dijangka menyaksikan penglibatan sektor swasta tempatan dan antarabangsa bagi mengenalpasti antara lainnya, minat serta pandangan pelabur-pelabur berkenaan berkaitan aspek-aspek komersial dan teknikal projek. Maklumbalas sektor swasta daripada kaji selidik RFI ini akan dipertimbangkan dalam sesi perbincangan dua hala dan seterusnya membentuk proses tender rasmi projek kelak.

3. Dalam satu kenyataan bersama, Dato’ Sri Abdul Wahid Omar, Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia dan Encik Khaw Boon Wan, Menteri Penyelaras Prasarana dan Menteri Pengangkutan Singapura berkata: “Proses RFI ini merupakan satu mercu tanda signifikan bagi projek HSR. Kedua-dua kerajaan perlu memahami permintaan serta pandangan pasaran dan para pelabur. RFI ini akan membantu kerajaan mengenal pasti minat dan pandangan pasaran tentang pendekatan dan struktur projek yang sesuai. Maklumbalas ini amat penting dalam menetapkan dan mengesahkan pandangan kerajaan, dan seterusnya akan memastikan proses tender yang berjaya”.

4. RFI dijangka tamat pada akhir tahun ini.

5. Pihak yang berminat bolehlah melayari laman web SPAD (www.spad.gov.my/hsr) atau laman web LTA (www.lta.gov.sg/hsr) untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Mengenai Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura.

Pada sesi Permukiman Pemimpin Malaysia – Singapura 2013, Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mengumumkan persetujuan bagi projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura. Projek HSR ini dilihat sebagai satu pembangunan strategik dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura. Pemilihan Bandar Malaysia, Kuala Lumpur dan Jurong East, Singapura sebagai stesen HSR, bertujuan memendekkan masa perjalanan antara kedua-dua ibu negara kepada hanya 90 minit.

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Radha Warrier
Pengurus Besar, Komunikasi
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Tel: +603 2726 7000
Fax: +607 2726 7300
Email: communications@spad.gov.my

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap